Zip Sorok – 2 Cara Menjahit Pada Busana

Zip sorok merupakan salah satu aksesori yang penting dalam menghasilkan busana terutamanya baju dress. Selain daripada sifatnya yang lebih kemas, zip sorok juga amat diminati ramai dipasang pada baju dress. Ini kerana zip sebegini apabila digayakan pada baju dress, akan mencantikkan lagi busana tersebut.

Mana tidaknya, anda tidak akan dapat melihat zip yang bergerigi di bahagian belakang dress anda. Ia amat cantik tanpa menampakkan cacat-cela baju dress yang dijahit. Malah zip sorok ini terletak cantik pada badan.

 

Bagaimana Menjahit Zip Sorok?

 

Cara Menjahit Zip SorokTahukah anda bagaimana untuk menjahit zip sorok ini? Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk menjahit zip sorok ini. Kaedah menjahit zip jenis ini bergantung kepada mesin jahit yang anda gunakan. Ada yang menjahit dengan menggunakan tapak zip sorok. Bagi mereka kaedah begini sangat mudah dilakukan.

 

Namun, bagaimana pula bagi mereka yang menggunakan mesin mudah alih yang tidak menggunakan tapak untuk zip sorok? Macammana cara untuk menjahitnya? Untuk mengetahui cara menjahit zip sorok menggunakan mesin jahit anda, sila teruskan pembacaan anda.

 

Memasang Tapak Zip Pada Mesin Jahit Sebelum Menjahit Zip Sorok.

 

Ya, bagi pengguna mesin domestik mahupun mesin high speed garis lurus, anda disarankan menggunakan tapak zip sorok. Ia boleh didapati dalam 2 jenis. Sama ada dalam bentuk plastik mahupun besi. Tapak zip ini boleh didapati di toko kedai jahitan dengan harga dari RM 4.50 hingga RM 9.00 mengikut kawasan masing-masing.

 

Mengubah Setting Mesin Jahit Supaya Gigi Jahitan Berada Di Bawah.

 

Petua Menjahit Zip SorokBagi mereka yang menggunakan mesin mudah alih, anda perlu mengubah settingnya supaya gigi jahitan berada di bawah sewaktu anda menjahit zip sorok. Selain itu, pastikan juga zip anda berada di laluan kepala jahitan iaitu di bahagian tengah-tengah kepala jahitan. Jika tidak, zip sorok yang anda jahit tidak akan rapat dan sedikit terbuka kerana ruang jahitan menjadi besar.

 

Oleh yang demikian, barulah anda akan dapat menjahit zip sorok ini dengan mudah, rapat dan cantik jahitannya. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati supaya tidak menjahit sehingga ke gigi zip anda. Jika hal demikian berlaku iaitu jahitan anda terkena gigi zip, maka ia akan menyebabkan zip anda tidak dapat dibuka ataupun tidak dapat ditutup.

 

Jadi, semoga dengan tips kali ini, ia akan memberikan manfaat kepada anda dalam menjahit zip sorok pada busana anda nanti.

Akademi2u
administrator
Akademi2u merupakan sebuah gedung pembelajaran atas talian atau online yang memuatkan kemahiran jahitan, sulaman dan kraf kreatif.

Tinggalkan Balasan