Teknik Manik Selari

Cover-E-Tutorial-Teknik-Manik-Selari
07
Nov

Ringkasan Tutorial Teknik Manik Selari.

Teknik Manik Selari - Belajar Jahit OnlineTutorial Sulaman Manik Asas kali ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah untuk menjahit teknik manik selari. E-Tutorial ini memuatkan lebih 3 video tutorial untuk ditonton. Untuk pengetahuan anda, teknik manik selari ini merupakan antara teknik manik yang tergolong di bawah koleksi jahitan manik asas untuk pemula. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mengikuti tutorial teknik manik sisik ikan ini. Jom daftar dan belajar jahit online secara percuma sekarang!

Hasil Pembelajaran.

Terdapat beberapa hasil pembelajaran yang bakal diperoleh setelah anda mendaftar dan belajar jahit manik online ini:-

  • Lebih 3 video tutorial HD secara langkah demi langkah disediakan!
  • Penjelasan dipersembahkan secara teratur untuk pemahaman pelajar.
  • Belajar dan ketahui tentang teknik manik selari dan cara penggunaannya daripada pakar terus dari meja anda.
  • Tip dan info tambahan disediakan.
  • Sesuai untuk penyulam manik pemula yang ingin mempelajari sesuatu secara demonstrasi.
  • Kandungan E-Tutorial diselaraskan dengan level dan tahap penguasaan peserta.
  • Nota dan sisipan dalam bentuk pdf disediakan untuk dimuat turun.
  • Pengalaman pembelajaran atas talian bersama Akademi2u.

Siapakah Golongan Sasar.

Tutorial Sulaman Manik Asas kali ini mensasarkan golongan pelajar seperti berikut:-

  • Pemula yang mahu berjinak-jinak dan belajar jahit manik.
  • Individu yang sudah menjahit manik dan ingin memperkemaskan kemahiran yang sedia ada dengan kaedah menjahit manik dari guru yang lain.
  • Peniaga atau pengurus butik yang ingin mengetahui dan mengenalpasti hasil-hasil jahitan manik yang kemas dan berkualiti daripada penjahit manik yang diupahnya.

Keperluan Belajar Jahit Online.

Bagi memastikan progres pembelajaran kelas menjahit online ini sukses, anda diminta untuk melakukan perkara-perkara berikut:-

  • Anda perlu menyediakan bahan-bahan atau material jahitan manik terlebih dahulu.
  • Anda perlu memastikan tiada gangguan luar ketika anda sedang belajar jahit manik.
  • Anda perlu memastikan talian internet anda berupaya untuk memainkan video tutorial yang disediakan.
  • Anda perlu mempraktikkan setiap langkah menjahit manik yang ditunjukkan untuk mendapat kefahaman yang lebih jelas. Ibarat kata pepatah; apbila anda dengar anda lupa, apabila anda lihat anda ingat, dan apabila saya lakukan saya memahaminya.

Justeru, saya harap anda akan mendapat manfaat setelah belajar jahit online teknik manik selari ini. Jumpa di dalam kelas! 😉

Kandungan Tutorial

Jumlah modul: 3 kuliah

Instructor

Syahida Ramli merupakan perunding kemahiran berasaskan sulaman, apparel dan fesyen serta keusahawanan Butik dan Akademi Sri Classic. Beliau dilantik sebagai pakar tunggal sulaman Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan dilantik oleh MARA Malaysia sebagai Panel Pakar Runding Berkaitan Kemahiran Keusahawanan Sulaman dan Aksesori Wanita. Beliau mendapat asas kemahiran sulaman ini semenjak berusia 10 tahun yang merupakan warisan keluarga beliau sejak turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.

0.0

0 rating

5 stars
0%
4 stars
0%
3 stars
0%
2 stars
0%
1 star
0%
Free

Ciri-Ciri

  • 7 Minit Video Tutorial
  • 3 Video HD
  • 3 Unit Pembelajaran
  • Tahap Pemula
  • Akses Seumur Hidup
  • Bahasa Melayu
  • Mesra Mobile & Tablet