Seni Sulaman Benang Bunga Sakura

Menghasilkan Debunga Bunga Sakura

Di dalam video ini, anda akan mempelajari kaedah untuk menghasilkan debunga bunga sakura. Teknik sulaman benang tangan yang akan digunakan ialah simpul Perancis atau “Frenck Knot”.

Tip Seni Sulaman TanganFrench Knot atau Simpul Perancis merupakan teknik sulaman tangan yang paling mudah untuk dihasilkan. Ia merupakan teknik pengenalan sulaman benang. Namun bagi pemula seni sulaman tangan ini, ia agak sedikit rumit. Tetapi dengan sedikit latihan, anda pasti dapat menghasilkannya dengan betul. Simpul Perancis merupakan jahitan yang digunakan untuk membuat bunga-bunga kecil ataupun tengah bunga.