Asas Menyulam 101

Cover-E-Tutorial-Bahan-Asas-Menyulam-101
16
Jul

Ringkasan Tutorial.

E-Tutorial ini akan mengenalkan anda dengan asas menyulam untuk 3 jenis kemahiran sulaman yang berbeza; iaitu sulaman manik, sulaman benang dan sulaman ayak mesin. Tutorial asas menyulam ini perlu diikuti oleh anda sebagai permulaan mempelajari kemahiran menyulam ini. Tutorial ini akan ditunjukkan secara video untuk penjelasan yang lebih mudah dan terperinci. Malah, bahan-bahan baru berkaitan dengan asas menyulam akan dimasukkan dari semasa ke semasa mengikut pertanyaan peserta ataupun kehendak pembelajaran.

Tutorial Asas Menyulam Manik, Benang & Mesin.

Tutorial Asas Menyulam

Hasil Pembelajaran.

  • Lebih 6 video HD untuk setiap kategori sulaman!
  • Penjelasan disediakan dalam setiap unit pembelajaran.
  • Mengenal asas menyulam daripada pakar terus dari meja anda.
  • Tip dan info tambahan disediakan.
  • Sesuai untuk pemula yang ingin berjinak-jinak dalam dunia seni kemahiran kerajinan tangan ini.
  • Kandungan E-Tutorial diselaraskan dengan tahap peserta.
  • Nota dan sisipan dalam bentuk pdf disediakan untuk dimuat turun.
  • Pengalaman pembelajaran atas talian mengenal bahan dan konsep asas menyulam seperti sulaman manik, sulam benang & sulam ayak mesin.

 

Kandungan Tutorial

Jumlah modul: 6 kuliah

Instructor

Syahida Ramli merupakan perunding kemahiran berasaskan sulaman, apparel dan fesyen serta keusahawanan Butik dan Akademi Sri Classic. Beliau dilantik sebagai pakar tunggal sulaman Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan dilantik oleh MARA Malaysia sebagai Panel Pakar Runding Berkaitan Kemahiran Keusahawanan Sulaman dan Aksesori Wanita. Beliau mendapat asas kemahiran sulaman ini semenjak berusia 10 tahun yang merupakan warisan keluarga beliau sejak turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.

5.0

4 rating

5 stars
100%
4 stars
0%
3 stars
0%
2 stars
0%
1 star
0%
  • Admin bar avatar

    Wan Humairah

    Banyak ilmu dipelajari

    Sebelum nie, saya selalu gunakan hingga 4 lembar benang untuk menyulam manik. Itupun rekomen daripada guru bengkel-bengkel manik yang saya ikuti sebelum ini. Rupa-rupanya memadai dengan hanya 2 lembar sahaja. Huhuhu...
  • Admin bar avatar

    Nik Salida

    Perlu dipelajari untuk semua

    Asas menyulam nie memang patut dipelajari semua. Bagi saya sendiri, banyak ilmu yang saya dapati di dalamnya. Terima kasih puan Syahida.
  • Admin bar avatar

    Wan Adibah

    Jelas dan menarik

    Semua perlu mengikuti tutorial ini terlebih dahulu. Trust me.. you will learn something useful. ;)
  • Admin bar avatar

    Syarifah Ameera

    Terima kasih

    Huhuhu.. rupa-rupanya banyak juga asas menyulam yang saya tak tahu. Tutorial ini telah membantu saya dengan begitu banyak sekali. Terima kasih.
Free

Ciri-Ciri

  • 16 Minit Video Tutorial
  • 6 Video HD
  • 6 Unit Pembelajaran
  • Tahap Pemula
  • Akses Seumur Hidup
  • Bahasa Melayu
  • Mesra Mobile & Tablet
  • Sijil Tamat