E-Tutorial
Tutorial Online – Aneka Jahitan, Sulaman & Kraf Kreatif.
E-Tutorial merupakan sebuah segmen tutorial online percuma yang disumbangkan oleh pihak kami kepada anda untuk mempelajari aneka tutorial jahitan, sulaman mahupun kraf kreatif. E-tutorial merupakan segmen pembelajaran sesuatu teknik seni jahitan, seni sulaman dan kraf kreatif secara individu. Ia memfokuskan kepada penjelasan atau langkah untuk menghasilkan rekaan berdasarkan teknik-teknik atau rekaan tertentu. Adapun topik-topik di dalam tutorial jahitan online ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut permintaan, cadangan dan kehendak pasaran.
Topik Tutorial Pilihan
Belajar Bersama Pakar
Nota & Panduan Disediakan
Tutorial Secara Online
Rahsia Jahitan Dibongkar
Ciri-Ciri E-Tutorial
Ketahui ciri-ciri dan keistimewaan E-Tutorial Online Akademi2u.
Daftar Percuma
Untuk melihat modul pembelajaran tutorial jahitan mahupun sulaman anda, proses pendaftarannya adalah percuma.
Tutorial Berlangkah
Segala proses menjahit mahupun menyulam akan ditunjukkan dari awal benang ditusukkan hingga ke akhir benang dimatikan.
Paparan Video HD
Kesemua tutorial akan dipaparkan dalam bentuk video untuk memudahkan anda memahami setiap langkah yang ditunjukkan.
Tip & Info
Pelbagai tip dan info turut diselitkan bertujuan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada setiap pelajar tutorial online kami.
Muat Turun Nota
Nota bahan dan nota proses menjahit juga disediakan. Anda boleh memuat turun kedua-dua nota ini di setiap halaman tutorial yang anda ikuti.
Cadangan Topik
Sebagai peserta kami, anda boleh mencadangkan topik jahitan, sulaman ataupun kraf kreatif yang ingin anda pelajari. Kami akan cuba menyediakan topik tersebut untuk anda.
Berbincang Bersama Guru
Anda boleh berbincang dan bertanya soalan kepada pengajar anda tentang teknik yang anda pelajari. Gunakan ruangan diskusi atau forum yang disediakan.
Bonus Ganjaran
Kami turut menyediakan aneka bonus ganjaran untuk anda di dalam platform keahlian anda. Tebu bonus dengan menggunakan mata ganjaran anda.
Kategori Topik Tutorial
Berikut Adalah Antara Kategori Topik Tutorial Yang Disediakan.
Sulam Ayak Kerawang
Topik-topik berkaitan sulaman ayak atau juga dikenali sebagai sulam goyang turut disediakan.
Sulaman Benang
Topik-topik berkaitan sulaman benang halus tangan sedia untuk dipelajari.

Kraf Kreatif
Belajar aneka tutorial kraf kreatif untuk mengisi dekorasi dan aksesori busana anda.
Jahitan Manik
Pelbagai teknik jahitan manik dan labuci disediakan untuk anda pelajari.
Topik Tutorial Jahitan Online
Antara Topik Tutorial Jahitan Online Terbaru.
Total: 26 Courses View all
Objektif Pembelajaran E-Tutorial
8 Objektif Pembelajaran E-Tutorial Jahitan Online Akademi2u.

Belajar Secara Santai
Tutorial online jahitan dan sulaman kami membolehkan anda belajar apa jua seni kerajinan tangan secara santai.

Belajar Sambil Melakukan
Ibarat guru sedang mengajar di hadapan anda, anda boleh belajar setiap teknik sambil terus melakukannya pada fabrik.

Mengetahui Teknik
E-Tutorial ini mengajak anda untuk mengetahui teknik-teknik jahitan dan sulaman yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu corak rekaan.

Tanpa Asas Jahitan
Ikuti segmen E-Tutorial biarpun anda tiada asas jahitan dan asas sulaman. Hanya minat dan ketekunan sahaja diperlukan.

Hasilkan Rekaan Sendiri
Belajar untuk menghasilkan rekaan sulaman dan jahitan anda sendiri tanpa pertolongan orang lain. Kepakaran teknikal tidak diperlukan.

Belajar Di Mana Jua
E-Tutorial ini membolehkan anda belajar apa jua teknik sulaman, jahitan dan kraf kreatif tanpa perlu menghadiri bengkel secara fizikal. Belajar di mana jua anda berada.

Belajar & Ulang Tanpa Had
Seberapa kerap yang anda ingini untuk mengakses kandungan modul, anda boleh lakukan tanpa sebarang halangan.

Belajar Secara Mobile
Platform tutorial online jahitan boleh diakses menggunakan telefon bimbit mahupun tablet anda. Ia membolehkan anda belajar secara mobile.
Testimoni Peserta Terdahulu
Apa Kata Para Peserta Tutorial Jahitan Online Terdahulu.

Kursus online sulaman manik ini sangat memuaskan. Bimbingan yang diberi mudah difahami, modul jelas dan amat membantu.

Bagi saya platform ini bukan sahaja menyenangkan bahkan menyeronokkan dari segi kemudahannya malahan dari segi layout nya yang kini telah di perbaharui

syida amat prihatin akan perihal pelajar2 dan sentiasa bersedia menjawab soalan2 kami bukan saja mengenai sulaman malah apa2 pun soalan akan dilayan. Terima kasih di atas kesabaran dan flexibility yang telah pihak puan berikan.

Kelas online sulaman manik ini menyediakan pelbagai teknik-teknik sulaman manik yang mudah dipelajari dan difahami. Ini adalah kerana terdapat video yang boleh diulang tayang beberapa kali tentang teknik yang dipelajari. Oleh sebab itu saya tidak mengalami kesukaran untuk mengikuti kelas online ini.

Kesemua bahan dan pengajaran di dalam kelas online sulaman Akademi2u ini mudah difahami dan senang diikuti. Syabas dan teruskan usaha!

Sesi pembelajaran online sulaman manik oleh Akademi Sulaman Sri Classic ini baik dan memuaskan. Terima kasih.

Saya sangat sangat gembira dan begitu juga dengan kawan kawan saya,mereka sangat berpuas hati dengan sulaman yang saya hasilkan.

Dengan adanya Platform Diskusi di dalam kelas sulaman manik online ini, saya dapat memperbaiki kesilapan teknik-teknik yang telah saya pelajari… Secara jujur dan ikhlasnya saya sangat suka akan adanya platform kelas online ini..

Kelas sulaman kerawang online ini telah banyak membantu dan melatihkan diri saya. Saya amat berminat dari dulu lagi mahu belajar sulaman begini. Sampailah saya menemui pembelajaran melalui sulaman secara online ini yang banyak memberi kesan positif kepada saya untuk belajar dengan lebih baik lagi tentang sulaman kerawang ini.

Platform kelas jahitan online Akademi2u ini sangat mudah dikendalikan. Video pun boleh diulang tayang jika tidak faham sekerap yang saya mahu.

Kelas online sulaman manik ini telah memberikan ilmu sulaman manik yg amat berguna kpd saya. Saya akan rekomenkan kpd rakan2 yg lain.

Bagi saya kursus online sulaman ini amat baik sekali untuk dipelajari bagi orang yang tidak mempunyai asas belajar bagaimana nak menyulam, saya amat berterimakasih pada puan sidah kerana menyujudkan online courses sulaman tangan ini, Kalau ada lagi kursus sulaman tangan ini saya nak sambung belajar lagi.

Salam, tiada komen. Cuma kelas online ni.. memang best dan mudah untuk dipelajari dan difahami. Terima kasih tidak terhingga pada Puan Syida dan TAHNIAH kerana membina kelas online sulaman manik ini yang memang berbaloi, jimat masa dan kos. dan kurang stress. Terima kasih juga pada yang terlibat.

Segmen di dalam platform kursus online jahitan akademi2u ini sangat memuaskan dan amat berbaloi sekali.

Puan Syidah dapat menyampaikan segala teknik-teknik, tip dan aplikasi setiap modul-modul dengan jelas dan terperinci di dalam kelas jahitan online ini. Terima kasih saya kepada Puan Syidah dan unit teknikal kerana berjaya menghasilkan satu platform sulaman tangan yang begitu baik sekali.

Dgn adanya kelas online sulaman manik ini saya dapat belajar satu lagi pelaran yg sangat berguna bagi saya dan kpd semua, juga saya boleh belajar dimana2 dan masa tak terhad,saya bebas utk gunakan masa dirumah,dng puan Syida saya banyak dpt tip2.

Setiap teknik dapat dipelajari dengan mudah dengan adanya video yang berkualiti dan nota serta penerangan yang jelas walaupun tiada asas menjahit. Sejujurnya amat gembira dapat mempelajari & bergelar graduan kursus online sulaman tangan ini!