E-TUTORIAL

Tutorial Jahitan Online – Aneka Jahitan, Sulaman & Kraf Kreatif.

Tutorial Jahitan Online - Aneka Jahitan, Sulaman & Kraf Kreatif

E-Tutorial merupakan sebuah segmen tutorial jahitan online percuma yang disumbangkan oleh pihak kami kepada anda untuk mempelajari aneka tutorial jahitan, sulaman mahupun kraf kreatif. E-tutorial merupakan segmen pembelajaran sesuatu teknik seni jahitan, seni sulaman dan kraf kreatif secara individu. Ia memfokuskan kepada penjelasan atau langkah untuk menghasilkan rekaan berdasarkan teknik-teknik atau rekaan tertentu. Adapun topik-topik di dalam tutorial jahitan online ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut permintaan, cadangan dan kehendak pasaran.

Topik Tutorial Pilihan

Belajar Bersama Pakar

Nota & Panduan Disediakan

Tutorial Secara Online

Rahsia Jahitan Dibongkar

Kuiz Menguji Kefahaman

Ciri-Ciri E-Tutorial

Ketahui ciri-ciri dan keistimewaan E-Tutorial Jahitan Online Akademi2u.

Daftar Percuma

Untuk melihat modul pembelajaran tutorial jahitan mahupun sulaman anda, proses pendaftarannya adalah percuma.

Tutorial Berlangkah

Segala proses menjahit mahupun menyulam akan ditunjukkan dari awal benang ditusukkan hingga ke akhir benang dimatikan.

Paparan Video HD

Kesemua tutorial akan dipaparkan dalam bentuk video untuk memudahkan anda memahami setiap langkah yang ditunjukkan.

Tip & Info

Pelbagai tip dan info turut diselitkan bertujuan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada setiap pelajar tutorial online kami.

Muat Turun Nota

Nota bahan dan nota proses menjahit juga disediakan. Anda boleh memuat turun kedua-dua nota ini di setiap halaman tutorial yang anda ikuti.

Cadangan Topik

Sebagai peserta kami, anda boleh mencadangkan topik jahitan, sulaman ataupun kraf kreatif yang ingin anda pelajari. Kami akan cuba menyediakan topik tersebut untuk anda.

Berbincang Bersama Guru

Anda boleh berbincang dan bertanya soalan kepada pengajar anda tentang teknik yang anda pelajari. Gunakan ruangan diskusi atau forum yang disediakan.

Bonus Ganjaran

Kami turut menyediakan aneka bonus ganjaran untuk anda di dalam platform keahlian anda. Tebu bonus dengan menggunakan mata ganjaran anda.

separator

Kategori Topik

Antara Kategori Topik Tutorial Yang Disediakan.

Sulaman Ayak Kerawang

Topik-topik berkaitan sulaman ayak atau juga dikenali sebagai sulam goyang turut disediakan.

Sulaman Benang

Topik-topik berkaitan sulaman benang halus tangan sedia untuk dipelajari.

Kraf Kreatif

Belajar aneka tutorial kraf kreatif untuk mengisi dekorasi dan aksesori busana anda.

Jahitan Manik

Pelbagai teknik jahitan manik dan labuci disediakan untuk anda pelajari.

+

Tahun Operasi

+

Peserta

+

Sijil Dikeluarkan

+

Topik

Topik Tutorial Jahitan Online

Antara Topik Tutorial Jahitan Online Terbaru.

Teknik Manik Selari

Syahida Ramli8 students

Teknik Manik Jelujur

Syahida Ramli4 students

Teknik Manik Tabur

Syahida Ramli4 students

Asas Jahitan Labuci

Syahida Ramli6 students
Sale

Jahitan Manik dan Labuci Terkini Siri 02

Syahida Ramli5 students
Sale

Seni Sulaman Benang Motif Flora Siri 03

Syahida Ramli29 students
Sale

Seni Sulaman Benang Motif Flora Siri 02

Syahida Ramli34 students

Objektif Pembelajaran E-Tutorial

8 Objektif Pembelajaran E-Tutorial Jahitan Online Akademi2u.

Belajar Secara Santai

Belajar Secara Santai

Tutorial online jahitan dan sulaman kami membolehkan anda belajar apa jua seni kerajinan tangan secara santai.

Belajar Sambil Melakukan

Belajar Sambil Melakukan

Ibarat guru sedang mengajar di hadapan anda, anda boleh belajar setiap teknik sambil terus melakukannya pada fabrik.

Mengetahui Teknik

Mengetahui Teknik

E-Tutorial ini mengajak anda untuk mengetahui teknik-teknik jahitan dan sulaman yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu corak rekaan.

Tanpa Asas Jahitan

Tanpa Asas Jahitan

Ikuti segmen E-Tutorial biarpun anda tiada asas jahitan dan asas sulaman. Hanya minat dan ketekunan sahaja diperlukan.

Hasilkan Rekaan Sendiri

Hasilkan Rekaan Sendiri

Belajar untuk menghasilkan rekaan sulaman dan jahitan anda sendiri tanpa pertolongan orang lain. Kepakaran teknikal tidak diperlukan.

Belajar Di Mana Jua

Belajar Di Mana Jua

E-Tutorial ini membolehkan anda belajar apa jua teknik sulaman, jahitan dan kraf kreatif tanpa perlu menghadiri bengkel secara fizikal. Belajar di mana jua anda berada.

Belajar & Ulang Tanpa Had

Belajar & Ulang Tanpa Had

Seberapa kerap yang anda ingini untuk mengakses kandungan modul, anda boleh lakukan tanpa sebarang halangan.

Belajar Secara Mobile

Belajar Secara Mobile

Platform tutorial online jahitan boleh diakses menggunakan telefon bimbit mahupun tablet anda. Ia membolehkan anda belajar secara mobile.

Testimoni Peserta Terdahulu

Apa Kata Para Peserta Tutorial Jahitan Online Terdahulu.