Tentang Kami
Kenali Akademi2u. Akademi2u telah beroperasi semenjak 2006.
Pembelajaran secara atas talian telah diperkenalkan oleh Akademi Sri Classic bermula tahun 2006. Ketika itu pelbagai kelas jahitan dan sulaman online diperkenalkan menerusi aneka laman web seperti maribelajarsulamanmanik.com, maribelajarsulamankerawang.com, maribelajarsulamanriben.com, dan maribelajarsulamantangan.com. Kemudian kesemua konsep pembelajaran ini telah disatukan di bawah satu platform iaitu akademi2u.com pada 2010. Bermula dari itu, kesemua konsep pembelajaran atas talian dimuatkan di dalam platform ini. Akademi2u telah mengalami beberapa fasa perubahan. Dan pada hujung 2016, akademi2u telah diberikan nafas baru dengan mengetengahkan 2 konsep pembelajaran secara online iaitu e-tutorial dan e-kelas.
TIMELINE AKADEMI2U
Sejarah operasi Akademi2u Secara Ringkas.
2006
Akademi2u memulakan operasi dengan menggunakan nama Akademi Sri Classic.
2007
Platform pembelajaran online dilancarkan dengan menggunakan beberapa laman web berbeza.
2010
Topik pembelajaran atas talian telah disatukan di bawah satu platform iaitu Akademi2u.com
2015
Akademi2u diberikan nafas baru dengan mengetengahkan pelbagai tutorial jahitan dan sulaman secara percuma.
2017
Platform Akademi2u menjadi sebahagian daripada bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 KSSR
2018
Webinar dan Live Streaming tutorial tahitan dan tulaman dilancarkan.
2019
Akademi2u diambil alih oleh E Skills Training & Consultancy.
2020
Apps Android Akademi2u dibangunkan untuk membolehkan peserta mengkases tutorial terus melalui handphone.
2021
Pembelajaran Akademi2u dikembangkan kepada kategori kemahiran lain seperti fotografi, videografi, grafik design dsbnya.