Sulaman Riben – Kaedah Tampalan Atau Tebuk

Rekaan sulaman riben pada fabrik sangat sesuai bagi fabrik yang polos. Hal ini kerana teknik-teknik sulaman riben mudah dilihat hasilnya pada fabrik polos ini. Berbanding jika ia dihasilkan pada fabrik yang bercorak. Hasil sulaman riben ini akan tenggelam dan sedikit berserabut. Adapun coraknya tidak akan nampak.

Teknik Sulaman Riben Dengan Kaedah Tebuk.

 

Sulaman Reben Kaedah TebukJika dahulu, teknik sulaman riben ini ditebuk terus pada fabrik. Di mana kaedah ini sedikit sebanyak merosakkan fabrik yang disulam. Apatah lagi jika fabrik tersebut jika dicuci dengan cucian mesin. Di mana ia akan menyebabkan fabrik tersebut rosak keseluruhannya dan tidak boleh dipakai lagi. Malah, ketidakselesaan memakainya akan dirasai pelanggan apabila kulit mereka bersentuhan dengan hasil reben tersebut. Ia akan lebih dirasai sekiranya fabrik busana tadi tidak dilapik dengan lining.

 

Oleh yang demikian, kaedah sebegini iaitu kaedah menebuk dan menghasilkan reben terus pada fabrik, tidak disukai oleh pemakai yang berkulit sensitif. Dan ia juga dikira sudah kurang digunapakai pada hari ini jika ingin menghasilkannya pada fabrik busana. Mungkin ia relevan pada fabrik dekorasi tetapi tidak lagi pada fabrik busana.

 

Teknik Tampalan Sulaman Riben Sebagai Kaedah Terbaik.

 

Ekoran daripada itu, terdapat satu lagi teknik sulaman riben yang lebih kelihatan 3D. Ia menggunakan kaedah tampalan pada fabrik. Ia dilakukan sepertimana anda menjahit manik sahaja iaitu tiada riben yang besar saiznya menembusi fabrik. Hanya jahitan benang sahaja yang menembusi fabrik anda. Antara design yang selalu digunakan untuk kaedah ini adalah design ros reben.

 

Design Ros Reben Untuk Kaedah Tampalan Pada Fabrik.

 

Ya, salah satu yang disukai dan nampak menarik adalah rekaan teknik ros reben yang dihasilkan secara bertingkat-tingkat dan mengembang. Ia dihasilkan dengan mudah mengikut langkah berikut:-

 

  1. Mulakan dengan lipatan 3 segi pada reben anda.
  2. Kemudian ia dilipat secara 2 kali sahaja.
  3. Seterusnya, lipatan reben ini dilipat secara keluar dan digulung secara keliling.

 

Makin lama digulung keluar, makin nampak hasilnya ros reben tersebut menjadi bertingkat-tingkat.

Bunga Ros Reben Terhasil Secara Bertingkat-Tingkat.

 

Kaedah Sulaman Reben TampalIa sangat cantik. Dan tingkat-tingkat yang terhasil itu menampakkan seperti bunga ros yang sebenar yang berjambangan dengan kelopak ros yang bertingkat-tingkat. Walaupun saiznya yang kecil, namun apabila ia kembang sejambak ia akan kelihatan sangat cantik. Malah, warnanya yang lembut seperti putih dan merah jambu menjadikan ros reben ini diminati ramai.

 

Begitulah hakikatnya, apabila anda menghasilkannya pada reben secara bertingkat-tingkat. Ia sangat cantik dan sesuai dihasilkan pada apa jua design. Tidak kiralah design yang dihasilkan adalah sekuntum ataupun dalam jambangan. Ini kerana hasil bunga ros reben ini tetap menarik dan sangat cantik.

 

Menghasilkan Sulaman Riben Dengan Menggunakan Teknik Tampalan.

 

Oleh itu, anda harus menghasilkan ros reben yang hanya menggunakan teknik tampalan ini pada fabrik busana. Ini kerana kaedah sulaman riben seperti ini tidak akan merosakkan fabrik yang disulam reben tersebut. Jika anda tersalah sekalipun, dan ingin mengubah design ros reben ini, ia tidak akan menjadi masalah. Ini kerana hasil reben tersebut tidak merosakkan fabrik. Jadi, ia memberikan kebebasan lebih kepada anda untuk berkarya dalam menyulam riben ini. Tiada batasan dan tiada had. Hanya kreativiti anda sahaja yang menentukannya.

 

Jadi, penulis berharap agar dengan mengetahui kaedah tampalan sulaman riben yang dituliskan di atas, ia memberikan idea dan nafas baru dalam proses menghasilkan rekaan sulaman riben anda.

Syahida Ramli
lp_teacher
Syahida Ramli merupakan perunding kemahiran berasaskan sulaman, apparel dan fesyen serta keusahawanan Butik dan Akademi Sri Classic. Beliau dilantik sebagai pakar tunggal sulaman Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan dilantik oleh MARA Malaysia sebagai Panel Pakar Runding Berkaitan Kemahiran Keusahawanan Sulaman dan Aksesori Wanita. Beliau mendapat asas kemahiran sulaman ini semenjak berusia 10 tahun yang merupakan warisan keluarga beliau sejak turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.

Tinggalkan Balasan