Blog

Bercakap tentang sulaman benang mesti anda teruja dengan keunikannya. Mengapa saya mengatakan ia unik? Ini kerana ia dihasilkan dengan menggunakan benang sahaja. Ia tidak ditokok tambah dengan bahan-bahan lain seperti labuci, manik, kristal dan sebagainya. Walaupun tanpa bahan-bahan tambahan seperti tadi, sulaman benang sebenarnya mampu berdiri dengan sendirinya kerana ia mempunyai penggemar atau peminatnya yang tersendiri.

Popularnya Sulam Benang Kait Ini

Jika di negara Eropah, sulaman benang ini sangat popular malah nilainya akan menjadi lebih tinggi lagi apabila sulaman benang ini dihasilkan secara timbul. Ia dikenali dengan nama sulaman benang brazilion. Selain itu, di negara Pakistan, sulaman benang ini dihasilkan seperti loceng-loceng kecil di tepi tudung ataupun alas meja. Ia menjadi satu hiasan yang berprestij yang tinggi nilainya di negara mereka.

Menghasilkan Sulam Benang Kait Tanpa Bantuan Mesin

Menjahit Sulam Benang Kait Motif Ros KecilHal ini kerana, dalam menghasilkan sulam benang kait ini, ia memakan masa yang lama kerana secara totalnya dihasilkan menggunakan tangan tanpa adanya bantuan mesin. Sebab itulah ada di antara corak yang dihasilkan satu sahaja. Ini ekoran daripada setiap proses mematikan serta penyambungan satu-satu sulam benang kait ini akan memberi hasil yang berbeza. Ia terjadi disebabkan setiap individu mempunyai style atau gaya penyulaman yang tersendiri. Sebab itulah setiap pemyulam akan memperkenalkan hasil sulamannya dengan gaya sulamannya yang tersendiri.

Sulam Benang Kait Dengan Trend Bunga Ros Kecil dan Simpul Perancis

Walaupun begitu, sulam benang kait ini mempunyai saru trend yang tersendiri dengan rekaan motif yang menjadi kegemaran. Motif yang menjadi kegemaran para penyulam adalah seperti bunga ros lecil dan juga bunga yang berasaskan simpul perancis. Ia turut digabungkan dengan motif-motif bunga lain untuk menjadikannya satu corak yang cantik di mata sesiapa sahaja yang memandangnya.

Itulah kecantikan tersendiri yang diperoleh daripada sulam benang kait ini. Malahan, anda boleh mencuba menghasilkan rekaan tersendiri menggunakan teknik sulam benang kait ini. Ia lebih cantik untuk dipadankan dengan busana polos atau jubah Muslimah. Pun begitu, penghasilan sulam benang kait ini memerlukan ketelitian dalam mematikan setiap sulaman yang dilakukan anda.

Kursus Online Jahitan Akademi2u©