Profile

Daftar Kursus Sulaman Manik Di Yan

 

 

Adakah anda ingin mencari kursus sulaman manik berhampiran kediaman anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana tempat kursus sulaman manik berhampiran anda? Adakah anda mahu mengikuti kursus sulaman manik untuk persediaan untuk menjana pendapatan anda? Atau adakah anda mahu mengikuti kursus sulaman manik di kediaman anda kerana ingin berjinak-jinak dalam dunia seni kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia seni kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus sulaman manik secara atas talian buat anda. Kami mempunyai lebih 3587 peserta yang mendaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa setiap waktu tidak mengira masa.

Malah, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Jadi, bermula daripada tahun 2017, kami telah memberikan lebih banyak topik secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini dimuatkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengambil kira sumbang saran dan permintaan para peserta kami.

Oleh itu, anda tidak sahaja boleh mempelajari pelbagai seni kerajinan tangan bersama kami, akan tetapi anda juga mampu memberikan sumbang saran topik yang mahu anda ikuti.

 

 

Khidmat Kursus Sulaman Manik.

Tujuan kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus sulaman manik yang professional dan berkualiti untuk memenuhi kehendak anda. Kami memperkenalkan pelbagai modul kursus sulaman manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun modul kursus sulaman manik telah dibahagikan mengikut tahap kemahiran setiap pelajar bermula dari tahap kemahiran pemula hingga ke tahap kemahiran penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah memperkenalkan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk setiap ahli berdaftar memulakan perbincangan berkaitan dengan topik yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia menolong menyelesaikan kebuntuan untuk setiap pertanyaan anda.

Akademi2u sentiasa prihatin dalam membina perhubungan yang professional dengan pelajar kami walaupun selepas menghabiskan modul kursus sulaman manik bersama kami. Ini amat bersesuaian dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong pelajar kami untuk sukses dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, walaupun anda hendak mengikuti kursus sulaman manik hanya sekadar hobi atau untuk menjana pendapatan, Akademi2u adalah saluran yang terbaik. Ini berikutan anda boleh mempelajari sulaman manik biarpun tanpa perlu menghadirkan diri kursus sulaman manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan gajet atau PC sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua tempat anda.

Akan tetapi, sekiranya anda mahu mendaftar kursus sulaman manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah merupakan penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat aneka kursus sulaman manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus sulaman manik secara orang perseorangan tanpa ada peserta lain. Maksudnya, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara perseorangan. Sesi kursus sulaman manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Adapun jarak lokasi atau masa merupakan kekangan anda untuk mempelajari seni kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang terbaik. Anda boleh mempelajari apa jua tutorial seni kerajinan halus tangan yang dimuatkan di sini secara atas talian walau di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Sulaman Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan pengajar berpengalaman dalam industri ini untuk memastikan setiap modul yang telah dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami yakin, pengalaman adalah pendidik yang terbaik. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui sesuatu industri seperti industri kerajinan tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Rentetan daripada itu terdapat segmen rahsia dan tip yang dimasukkan dalam setiap modul untuk menolong memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen rahsia dan tip ini diketengahkan mudah-mudahan pelajar tidak melakukan kesilapan dan kesalahan yang bakal dilakukan ketika mempraktikkan teknik yang sedang diikutinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah disusun dengan langkah yang mudah diikuti bagi memastikan kesemua pelajar memahaminya secara penuh. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan tangan ini. Kami tidak begitu rigid dengan teori pembelajaran. Adapun sebaliknya, kami terapkan konsep praktikal dalam segenap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran dijaga, kesemua modul telah dipersembahkan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan paparan video yang jelas dan berkualiti. Setiap segmen video telah dibahagikan mengikut modul bagi menyenangkan pelajar menerima kesemua input modul dengan berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Percaya atau tidak, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar sekiranya audio yang dimasukkan di dalam video adalah tidak jelas. Justeru, untuk memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap peserta boleh mendownload bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan tahun 2018. Gamification membawa erti proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan anda di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah berikan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak dikeluarkan lagi di dalam mana-mana topik tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Oleh yang demikian, bagi menebus produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, berdiskusi, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin bertambah mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus sulaman manik tidak akan sempurna tanpa pemberian sijil tamat kepada para pelajar. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang dimuatkan di dalam kursus sulaman manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda akan dapat menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus sulaman manik yang bermutu untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mempelajari tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Sulaman Manik di Yan Kedah