Profile

Daftar Kursus Sulaman Manik Di Sik

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus sulaman manik di berdekatan kediaman anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana tempat kursus sulaman manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mengikuti kursus sulaman manik sebagai persediaan untuk menjadi usahawan? Atau adakah anda ingin mengikuti kursus sulaman manik di kawasan kediaman anda kerana berminat dengan dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus sulaman manik secara online kepada anda. Kami mempunyai lebih 3587 peserta yang mendaftar dan belajar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa setiap waktu tanpa mengira masa.

Untuk pengetahuan anda, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Malah, bermula daripada tahun tersebut, kami telah mengadakan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengambil kira permintaan dan idea para peserta kami.

Oleh itu, anda bukan sahaja mampu mempelajari apa jua seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga boleh memberikan cadangan tajuk yang ingin anda pelajari.

 

 

Khidmat Kursus Sulaman Manik.

Matlamat kami adalah untuk menyediakan servis kursus sulaman manik yang professional dan berkualiti untuk memenuhi kemahuan anda. Kami menawarkan aneka modul kursus sulaman manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun kesemua kurikulum kursus sulaman manik telah dicerakinkan mengikut tahap kemahiran setiap ahli bermula dari tahap kemahiran pemula hingga ke tahap kemahiran penyulam berpengalaman. Malah, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk setiap ahli berdaftar memulakan diskusi berkaitan dengan tajuk yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia menolong menyelesaikan kebuntuan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa prihatin dalam membina perhubungan jangka panjang dengan ahli kami meskipun selepas menyempurnakan sesi kursus sulaman manik dengan kami. Ini amat relevan dengan pegangan kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong ahli kami untuk lebih sukses dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, samada anda berhasrat mengikuti kursus sulaman manik hanya untuk suka-suka atau untuk menjana pendapatan, Akademi2u adalah saluran yang terbaik. Ini disebabkan anda boleh mempelajari jahit manik biarpun tanpa perlu turut serta kursus sulaman manik secara fizikal. Hanya di hujung jari sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua tempat anda.

Akan tetapi, sekiranya anda ingin mendaftar kursus sulaman manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah satu kekangan kepada anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di akademi tersebut, terdapat bermacam-macam kursus sulaman manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus sulaman manik secara private coaching tanpa ada peserta lain. Dalam erti kata lain, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara perseorangan. Sesi kursus sulaman manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jika jarak lokasi atau masa merupakan satu kesulitan buat anda untuk mempelajari seni kemahiran kerajinan tangan ini, maka sesi pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang paling tepat. Anda boleh mengikuti apa jua tutorial seni kerajinan halus tangan yang disediakan di sini secara online walau di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Sulaman Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan guru yang berpengalaman dalam industri ini bagi memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran semasa. Kami yakin, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba dalam sesuatu industri seperti industri seni halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mampu untuk dijual beli.

Disebabkan itu terdapat modul tip dan rahsia yang diselitkan dalam setiap modul untuk menolong memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada peserta. Segmen rahsia dan tip ini diketengahkan supaya peserta tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang bakal dilakukan ketika mana mempraktikkan teknik yang dipelajarinya.

Malah setiap modul pembelajaran telah disusun dengan langkah yang mudah difahami bagi memastikan kesemua peserta memahaminya secara penuh. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri seni halus tangan ini. Akademi2u tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Sebaliknya, kami lebih mengambil kira konsep praktikal dalam segenap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran terjaga, kesemua modul telah dipersembahkan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan paparan video yang jelas dan menarik. Kesemua segmen video telah dipecahkan mengikut modul bagi menyenangkan peserta menerima kesemua input modul dengan berkesan.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Percaya atau tidak, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar jikalau audio yang dimuatkan di dalam video adalah tidak jelas. Jadi, bagi memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan-bahan mengajar untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap peserta boleh memuat turun bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti pelajar di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah berikan produk bonus yang hanya boleh didapatkan secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak dikeluarkan lagi di mana-mana tajuk tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Jadi, untuk menebus produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, melakukan perbincangan, menyempurnakan tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus sulaman manik tidak akan lengkap tanpa menganugerahkan sijil tamat kepada para peserta. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang terdapat di dalam kursus sulaman manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda akan berjaya menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan servis kursus sulaman manik yang terbaik untuk anda mempelajari dan menguasai seni kerajinan ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk meninjau tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Sulaman Manik di Sik Kedah