Profile

Daftar Kursus Sulaman Manik Di Pokok Sena

 

 

Adakah anda mencari kursus sulaman manik di sekitar kawasan kediaman anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus sulaman manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mendaftar kursus sulaman manik untuk persediaan untuk menjana pendapatan anda? Atau adakah anda ingin mengikuti kursus sulaman manik di kawasan kediaman anda kerana meminati dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman menerusi dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus sulaman manik secara online khas untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar yang mendaftar dan belajar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini telah bertambah dari semasa ke semasa setiap hari tanpa mengira masa.

Malah, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Jadi, bermula daripada 2017, kami telah mengadakan lebih banyak tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini ditambahkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut idea dan permintaan para pelajar kami.

Oleh itu, anda bukan sahaja boleh mempelajari bermacam-macam seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga boleh melontarkan cadangan topik yang ingin anda ikuti.

 

 

Khidmat Kursus Sulaman Manik.

Matlamat kami adalah untuk memberikan khidmat kursus sulaman manik yang terbaik dan berkualiti untuk memenuhi kehendak anda. Kami membina pelbagai modul kursus sulaman manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun kurikulum kursus sulaman manik telah dibahagikan mengikut level setiap pelajar bermula dari level pemula hingga ke level penyulam berpengalaman. Adapun, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk setiap ahli berdaftar memulakan perbincangan berkaitan dengan kemahiran yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan yang professional dengan pelajar kami walaupun selepas menghabiskan modul kursus sulaman manik dengan kami. Ini amat bertepatan dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu pelajar kami untuk sukses dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda hendak mengikuti kursus sulaman manik hanya sekadar memenuhi masa lapang atau untuk menjana pendapatan, Akademi2u adalah platform yang terbaik. Ini disebabkan anda boleh mempelajari jahit manik biarpun tanpa perlu mengikuti kursus sulaman manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan gajet atau PC sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua lokasi anda.

Akan tetapi, jika anda hendak mengikuti kursus sulaman manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah merupakan penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di akademi tersebut, terdapat pelbagai kursus sulaman manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus sulaman manik secara private coaching tanpa ada pelajar lain. Dalam erti kata lain, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara persendirian. Sesi kursus sulaman manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Sekiranya jarak lokasi atau kesibukan masa merupakan kekangan anda untuk mempelajari seni kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang sesuai. Anda mampu mengikuti apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang dimuatkan di sini secara online tidak kira di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Sulaman Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan guru berpengalaman dalam sektor ini bagi memastikan setiap modul yang telah dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran semasa. Kami yakin, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mampu untuk dijual beli.

Rentetan daripada itu terdapat segmen tip dan rahsia yang dimasukkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada peserta. Segmen rahsia dan tip ini diperkenalkan agar peserta tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang bakal dibuat semasa mempraktikkan teknik yang dipelajarinya.

Malah setiap modul pembelajaran telah disusun atur dengan langkah yang mudah difahami bagi memastikan kesemua peserta memahaminya secara optimum. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan tangan ini. Akademi2u tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Adapun, kami terapkan konsep praktikal dalam segenap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran terpelihara, kesemua modul telah dibangunkan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan paparan video yang jelas dan menarik. Setiap segmen video telah dibahagikan mengikut modul bagi memudahkan peserta menerima kesemua info dengan berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Adapun, paparan video yang menarik akan menjadi hambar sekiranya audio yang dimuatkan di dalam video tidak berkualiti. Jadi, dalam memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan sisipan pembelajaran untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap pelajar boleh memuat turun bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan 2018. Gamification boleh diertikan sebagai proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti peserta di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah wujudkan produk bonus yang hanya boleh ditebus milik secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak dikeluarkan lagi di mana-mana topik tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Untuk itu, bagi menebus produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, melakukan perbincangan, menyempurnakan tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, makin bertambah mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus sulaman manik tidak akan sempurna tanpa pemberian sijil tamat kepada para peserta. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menamatkan dengan sempurna kesemua modul yang terdapat di dalam kursus sulaman manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk portfolio anda. Pastinya anda berupaya menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus sulaman manik yang terbaik untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk mempelajari tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Sulaman Manik di Pokok Sena Kedah