Profile

Daftar Kursus Sulaman Manik Di Pendang

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus sulaman manik berhampiran kawasan kediaman anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus sulaman manik berhampiran anda? Adakah anda ingin memasuki kursus sulaman manik sebagai persediaan untuk menjana pendapatan anda? Atau adakah anda ingin mengikuti kursus sulaman manik di kawasan kediaman anda kerana meminati dunia seni kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman menerusi dunia seni kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus sulaman manik secara atas talian kepada anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli yang mendaftar dan belajar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap waktu tidak mengira masa.

Untuk pengetahuan anda, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Justeru, bermula daripada 2017, kami telah memasukkan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam platform Akademi2u dari semasa ke semasa mengambil kira kehendak dan sumbang saran para pelajar kami.

Oleh yang demikian, anda bukan sahaja mampu mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, akan tetapi anda juga boleh mengutarakan sumbang saran tajuk yang ingin anda ikuti.

 

 

Khidmat Kursus Sulaman Manik.

Tujuan kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus sulaman manik yang terbaik dan berkualiti untuk memenuhi kemahuan anda. Kami menyediakan aneka modul kursus sulaman manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun kurikulum kursus sulaman manik telah dipecahkan mengikut tahap setiap peserta bermula dari tahap pemula hingga ke tahap penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah memperkenalkan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk pelajar memulakan diskusi berkaitan dengan tajuk yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia menolong menyelesaikan kebuntuan untuk setiap kemusykilan anda.

Kami sentiasa prihatin dalam membina perhubungan jangka panjang dengan peserta kami meskipun selepas tamat mengikuti kursus sulaman manik dengan kami. Ini amat bersesuaian dengan konsep kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu peserta kami untuk lebih sukses dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda mahu mengikuti kursus sulaman manik hanya sekadar untuk hobi atau untuk pengetahuan, Akademi2u adalah platform yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari sulam manik biarpun tanpa perlu menghadirkan diri kursus sulaman manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan gajet atau PC sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua tempat tinggal anda.

Adapun, jika anda hendak mengikuti kursus sulaman manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah merupakan penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat pelbagai kursus sulaman manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus sulaman manik secara orang perseorangan tanpa ada pelajar lain. Maksudnya, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara persendirian. Sesi kursus sulaman manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Sekiranya jarak lokasi atau waktu merupakan satu kesulitan buat anda untuk mempelajari seni kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang sesuai. Anda berupaya mengikuti apa jua topik seni kerajinan tangan yang dipaparkan di sini secara atas talian walau di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Sulaman Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan guru yang berpengalaman dalam industri ini bagi memastikan setiap modul yang telah dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami amat yakin, pengalaman adalah pendidik yang paling berkesan. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Sebab itu terdapat segmen tip dan rahsia yang dihimpunkan dalam setiap modul untuk memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen tip dan rahsia ini diperkenalkan supaya pelajar tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang bakal dibuat sewaktu mempraktikkan teknik yang dipelajarinya.

Malah semua modul pembelajaran telah diatur dengan step yang mudah diikuti bagi memastikan setiap pelajar memahaminya secara menyeluruh. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Akademi2u tidak utamakan teori pembelajaran. Adapun, kami lebih mengambil pakai konsep praktikal dalam kesemua sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran dijaga, kesemua modul telah diselaraskan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan menarik. Setiap segmen video telah dibahagikan berdasarkan modul bagi menyenangkan pelajar menerima kesemua maklumat dengan berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Adapun, paparan video yang cantik akan menjadi hambar jika audio yang dimasukkan di dalam video adalah tidak jelas. Justeru, dalam memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan-bahan mengajar untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap pelajar boleh mendownload bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan tahun 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan anda di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah masukkan produk bonus yang hanya boleh ditebus milik secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di dalam mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Jadi, untuk mendapatkan produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, melakukan perbincangan, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, lagi banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus sulaman manik tidak akan lengkap tanpa menganugerahkan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menghabiskan kesemua modul yang terdapat di dalam kursus sulaman manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk referens skill anda. Pastinya anda dapat menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus sulaman manik yang terbaik untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk meninjau tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Sulaman Manik di Pendang Kedah