Daftar Kursus Sulaman Manik Di Langkawi

Daftar Kursus Sulaman Manik Di Langkawi

 

 

Adakah anda mencari kursus sulaman manik di sekitar kawasan kediaman anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana tempat kursus sulaman manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mendaftar kursus sulaman manik sebagai persediaan untuk menambah skill anda? Atau adakah anda ingin mendaftar kursus sulaman manik di kediaman anda kerana meminati dunia seni kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman menerusi dunia seni kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus sulaman manik secara online buat anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar yang mendaftar dan belajar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa setiap hari tanpa mengira masa.

Malah, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Malah, bermula daripada tahun tersebut, kami telah menawarkan lebih banyak topik secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam platform Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut idea dan permintaan para peserta kami.

Oleh itu, anda tidak sahaja mampu mempelajari pelbagai seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga digalakkan memberikan idea topik yang ingin anda pelajari.

 

 

Khidmat Kursus Sulaman Manik.

Matlamat kami adalah untuk memberikan khidmat kursus sulaman manik yang professional dan berkualiti untuk memenuhi kemahuan anda. Kami menawarkan aneka modul kursus sulaman manik bermula dari segmen manik untuk pemula, segmen manik pertengahan, segmen manik advance, segmen manik crumble serta segmen manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Kesemua segmen kursus sulaman manik telah dicerakinkan mengikut tahap kemahiran setiap ahli bermula dari tahap kemahiran pemula hingga ke tahap kemahiran penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah memperkenalkan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk peserta memulakan diskusi berkaitan dengan tajuk yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap kemusykilan anda.

Akademi2u sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan ahli kami biarpun selepas tamat mengikuti kursus sulaman manik bersama kami. Ini amat relevan dengan pegangan kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu ahli kami untuk berjaya dalam dunia seni halus tangan ini.

Tidak kira, walaupun anda hendak mengikuti kursus sulaman manik hanya sekadar hobi atau untuk menimba ilmu baru, Akademi2u adalah saluran yang terbaik. Ini disebabkan anda boleh mempelajari jahit manik biarpun tanpa perlu hadir kursus sulaman manik secara fizikal. Hanya di hujung jari sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua tempat tinggal anda.

Sebaliknya, jika anda hendak mendaftar kursus sulaman manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah merupakan penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat pelbagai kursus sulaman manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus sulaman manik secara orang perseorangan tanpa ada peserta lain. Maksudnya, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara persendirian. Sesi kursus sulaman manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jika jarak lokasi atau masa merupakan kekangan anda untuk mempelajari seni kemahiran kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang tepat. Anda boleh mengikuti apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang disediakan di sini secara online tidak kira di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Sulaman Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan pengajar berpengalaman dalam industri ini untuk memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami yakin, pengalaman adalah pendidik yang paling berkesan. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri seni halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Oleh itu terdapat segmen tip dan rahsia yang diselitkan dalam setiap modul untuk menolong memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen rahsia dan tip ini diperkenalkan dengan harapan pelajar tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang bakal dilakukan semasa mempraktikkan teknik yang sedang diikutinya.

Malah semua modul pembelajaran telah disusun dengan langkah yang mudah difahami bagi memastikan kesemua pelajar memahaminya secara optimum. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri seni halus tangan ini. Pihak Akademi2u tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Adapun, kami terapkan konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran dijaga, kesemua modul telah dipersembahkan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan paparan video yang jelas dan menarik. Setiap segmen video telah dibahagikan berpandukan pecahan modul bagi memudahkan pelajar menerima kesemua info dengan baik.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Adapun, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar jikalau audio yang dimasukkan di dalam video tidak berkualiti. Justeru, bagi memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap peserta boleh mendownload bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan tahun 2018. Gamification membawa erti proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan anda di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah tambahkan produk bonus yang hanya boleh didapatkan secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di dalam mana-mana topik tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Untuk itu, untuk memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, melakukan perbincangan, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin bertambah mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus sulaman manik tidak akan sempurna tanpa memberikan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menamatkan dengan sempurna kesemua modul yang terdapat di dalam kursus sulaman manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk referens skill anda. Pastinya anda akan dapat menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus sulaman manik yang terbaik untuk anda mempelajari dan menguasai seni halus tangan ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu untuk mempelajari tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Sulaman Manik di Langkawi Kedah