Daftar Kursus Sulaman Manik Di Kulim

Daftar Kursus Sulaman Manik Di Kulim

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus sulaman manik di berdekatan kawasan anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus sulaman manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mengikuti kursus sulaman manik sebagai persediaan untuk menambah skill anda? Atau adakah anda ingin mengikuti kursus sulaman manik di tempat anda kerana meminati dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus sulaman manik secara atas talian buat anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli yang mendaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap hari tidak mengira masa.

Untuk pengetahuan anda, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Untuk itu, bermula daripada 2017, kami telah memasukkan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini ditambahkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengambil kira idea dan permintaan para peserta kami.

Oleh yang demikian, anda tidak sahaja mampu mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga digalakkan mengutarakan cadangan tajuk yang ingin anda dalami.

 

 

Khidmat Kursus Sulaman Manik.

Tujuan kami adalah untuk memberikan servis kursus sulaman manik yang professional dan berkualiti untuk memenuhi kehendak anda. Kami membina pelbagai modul kursus sulaman manik bermula dari segmen manik untuk pemula, segmen manik pertengahan, segmen manik advance, segmen manik crumble serta segmen manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun kesemua segmen kursus sulaman manik telah dicerakinkan mengikut level kemahiran setiap pelajar bermula dari level kemahiran pemula hingga ke level kemahiran penyulam berpengalaman. Malah, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk anda memulakan diskusi berkaitan dengan kemahiran yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia menolong menyelesaikan kebuntuan untuk setiap kemusykilan anda.

Kami sentiasa prihatin dalam membina perhubungan yang professional dengan pelajar kami walaupun selepas menyempurnakan sesi kursus sulaman manik dengan kami. Ini amat bersesuaian dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong pelajar kami untuk lebih berjaya dalam dunia seni halus tangan ini.

Tidak kira, samada anda berhasrat mengikuti kursus sulaman manik hanya memenuhi masa sanggang atau untuk menjana pendapatan, Akademi2u adalah wadah yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari sulaman manik biarpun tanpa perlu mengikuti kursus sulaman manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan talian internet sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua anda berada.

Akan tetapi, sekiranya anda ingin mendaftar kursus sulaman manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di akademi tersebut, terdapat pelbagai kursus sulaman manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus sulaman manik secara private coaching tanpa ada peserta lain. Maksudnya, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus sulaman manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Sekiranya jarak lokasi atau waktu merupakan satu penghalang kepada anda untuk mempelajari seni kemahiran kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang terbaik. Anda mampu mendaftar diri apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang dipaparkan di sini secara atas talian tidak kira di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Sulaman Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar berpengalaman dalam industri ini bagi memastikan setiap modul yang dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak semasa. Kami amat yakin, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak dapat dijual beli.

Oleh itu terdapat segmen rahsia dan tip yang dihimpunkan dalam setiap modul untuk menolong memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen tip dan rahsia ini diperkenalkan mudah-mudahan pelajar tidak melakukan kesalahan dan kesilapan yang bakal dibuat sewaktu mempraktikkan teknik yang dipelajarinya.

Malah setiap modul pembelajaran telah disusun dengan step yang mudah diikuti bagi memastikan kesemua pelajar memahaminya secara menyeluruh. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Akademi2u tidak utamakan teori pembelajaran. Adapun sebaliknya, kami lebih mengambil kira konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran sentiasa dijaga, kesemua modul telah diselaraskan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan berkualiti. Kesemua segmen video telah dipecahkan berpandukan pecahan modul bagi menyenangkan pelajar menerima kesemua info dengan baik.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Percaya atau tidak, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar jikalau audio yang dimasukkan di dalam video tidak berkualiti. Justeru, bagi memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan-bahan mengajar untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap peserta boleh mendownload bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan tahun 2018. Gamification membawa maksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan peserta di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Mata ganjaran ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah berikan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di dalam mana-mana tajuk tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Oleh yang demikian, bagi mendapatkan produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, melakukan perbincangan, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, makin banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus sulaman manik tidak akan lengkap tanpa memberikan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk makluman anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang dimuatkan di dalam kursus sulaman manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk portfolio anda. Pastinya anda dapat menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan servis kursus sulaman manik yang bermutu untuk anda mempelajari dan menguasai seni halus tangan ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu untuk melakukan kajian tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Sulaman Manik di Kulim Kedah