Profile

Daftar Kursus Sulaman Manik Di Baling

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus sulaman manik di berdekatan kediaman anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana tempat kursus sulaman manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mengikuti kursus sulaman manik sebagai persediaan untuk menjadi usahawan? Atau adakah anda ingin mengikuti kursus sulaman manik di tempat anda kerana meminati dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus sulaman manik secara online khas untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli yang mendaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini telah bertambah dari semasa ke semasa setiap hari tanpa mengira masa.

Malah, Akademi2u juga telah menjadi rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Malah, bermula daripada tahun tersebut, kami telah menawarkan lebih banyak topik secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini dimuatkan ke dalam platform Akademi2u dari semasa ke semasa berdasarkan permintaan dan cadangan para pelajar kami.

Oleh yang demikian, anda tidak sahaja boleh mempelajari apa jua seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga mampu mengutarakan cadangan tajuk yang ingin anda ketahui.

 

 

Khidmat Kursus Sulaman Manik.

Tujuan kami adalah untuk memberikan khidmat kursus sulaman manik yang berkualiti dan terbaik untuk memenuhi kemahuan anda. Kami membina pelbagai modul kursus sulaman manik bermula dari segmen manik untuk pemula, segmen manik pertengahan, segmen manik advance, segmen manik crumble serta segmen manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun segmen kursus sulaman manik telah dicerakinkan mengikut level setiap pelajar bermula dari level pemula hingga ke level penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk pelajar memulakan diskusi berkaitan dengan kemahiran yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan pelajar kami biarpun selepas selesai mengikuti kursus sulaman manik bersama kami. Ini bertepatan dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu pelajar kami untuk lebih sukses dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda berhasrat mengikuti kursus sulaman manik hanya sekadar untuk hobi atau untuk memantapkan kemahiran anda, Akademi2u adalah sumber yang terbaik. Ini disebabkan anda boleh mempelajari sulaman manik biarpun tanpa perlu mengikuti kursus sulaman manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan talian internet sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua tempat anda.

Namun, sekiranya anda mahu mendaftar kursus sulaman manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah merupakan penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat pelbagai kursus sulaman manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus sulaman manik secara orang perseorangan tanpa ada pelajar lain. Maksudnya, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus sulaman manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Sekiranya jarak lokasi atau waktu merupakan satu bebanan anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang paling sesuai. Anda mampu mempelajari apa jua topik seni kerajinan tangan yang dimuatkan di sini secara online walau di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Sulaman Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar berpengalaman dalam industri ini bagi memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran semasa. Kami amat yakin, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak dapat dijual beli.

Sebab itu terdapat modul rahsia dan tip yang diselitkan dalam setiap modul untuk memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada peserta. Segmen rahsia dan tip ini diperkenalkan agar peserta tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang bakal dibuat semasa mempraktikkan teknik yang sedang diikutinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah disusun dengan step yang mudah difahami bagi memastikan kesemua peserta memahaminya secara menyeluruh. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Pihak kami tidak utamakan teori pembelajaran. Adapun, kami terapkan konsep praktikal dalam segenap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Peserta Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran sentiasa dijaga, kesemua modul telah dipersembahkan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan menarik. Setiap segmen video telah dipecahkan mengikut modul bagi memudahkan peserta menerima kesemua maklumat dengan lebih berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang cantik akan menjadi hambar jikalau audio yang dimasukkan di dalam video adalah tidak jelas. Jadi, bagi memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap pelajar boleh memuat turun bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan tahun 2018. Gamification membawa erti proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti anda di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah berikan produk bonus yang hanya boleh ditebus secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak dikeluarkan lagi di mana-mana tajuk tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Jadi, bagi menebus produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, melakukan perbincangan, menghabiskan topik tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, makin bertambah mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus sulaman manik tidak akan sempurna tanpa menganugerahkan sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang disediakan di dalam kursus sulaman manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk referens skill anda. Pastinya anda berupaya menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus sulaman manik yang terbaik untuk anda mempelajari dan menguasai seni kerajinan ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa dan waktu untuk mengetahui tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Sulaman Manik di Baling Kedah