Profile

Daftar Kursus Sulaman Manik Di Alor Setar

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus sulaman manik berhampiran kediaman anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus sulaman manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mengikuti kursus sulaman manik untuk persediaan untuk menjadi usahawan? Atau adakah anda ingin mendaftar kursus sulaman manik di kediaman anda kerana berminat dengan dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman menerusi dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus sulaman manik secara atas talian untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar yang mendaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap hari tanpa mengira masa.

Untuk makluman, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Malah, bermula daripada tahun 2017, kami telah mengadakan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimuatkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa berdasarkan permintaan dan cadangan para peserta kami.

Jadi, anda tidak sahaja mampu mempelajari apa jua seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga digalakkan memberikan sumbang saran topik yang ingin anda ikuti.

 

 

Khidmat Kursus Sulaman Manik.

Tujuan kami adalah untuk memberikan servis kursus sulaman manik yang professional dan berkualiti untuk memenuhi kemahuan anda. Kami memperkenalkan aneka modul kursus sulaman manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun modul kursus sulaman manik telah dipecahkan mengikut level kemahiran setiap peserta bermula dari level kemahiran pemula hingga ke level kemahiran penyulam berpengalaman. Malah, kami telah memperkenalkan ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk anda memulakan diskusi berkaitan dengan tajuk yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia menolong menyelesaikan kebuntuan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan peserta kami walaupun selepas menghabiskan modul kursus sulaman manik dengan kami. Ini sinonim dengan konsep kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu peserta kami untuk lebih berjaya dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda hendak mengikuti kursus sulaman manik hanya sebagai hobi atau untuk memantapkan kemahiran anda, Akademi2u adalah wadah yang terbaik. Ini berikutan anda boleh mempelajari sulam manik biarpun tanpa menghadiri kursus sulaman manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan talian internet sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua lokasi kediaman anda.

Akan tetapi, sekiranya anda ingin mendaftar kursus sulaman manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah merupakan penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di Akademi Sulaman Sri Classic, terdapat bermacam-macam kursus sulaman manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus sulaman manik secara private coaching tanpa ada peserta lain. Dalam erti kata lain, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus sulaman manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jika jarak lokasi atau kesibukan masa merupakan kekangan anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang sesuai. Anda boleh mendaftar diri apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang disediakan di sini secara atas talian walau di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Sulaman Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang mempunyai banyak pengalaman dalam sektor ini untuk memastikan setiap modul yang telah dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran semasa. Kami amat yakin, pengalaman adalah pendidik yang paling berkesan. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak dapat dijual beli.

Sebab itu terdapat modul rahsia dan tip yang dihimpunkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada peserta. Segmen tip dan rahsia ini diketengahkan agar peserta tidak melakukan kesilapan dan kesalahan yang bakal dilakukan semasa mempraktikkan teknik yang sedang diikutinya.

Malah setiap modul pembelajaran telah disusun atur dengan step yang mudah difahami bagi memastikan kesemua peserta memahaminya secara penuh. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan tangan ini. Pihak kami tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Adapun sebaliknya, kami lebih mengambil kira konsep praktikal dalam kesemua sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran dijaga, kesemua modul telah dibangunkan dalam bentuk video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan berkualiti. Kesemua segmen video telah dipecahkan berpandukan pecahan modul bagi menyenangkan peserta menerima kesemua input modul dengan berkesan.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Percaya atau tidak, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar jikalau audio yang dimuatkan di dalam video adalah tidak jelas. Justeru, bagi memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap peserta boleh mendownload bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti anda di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah tambahkan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak diterbitkan di mana-mana topik tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Oleh yang demikian, untuk menebus produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, berdiskusi, menyempurnakan tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, makin banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus sulaman manik tidak akan lengkap tanpa memberikan sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang terdapat di dalam kursus sulaman manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk referens skill anda. Pastinya anda mampu menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan servis kursus sulaman manik yang terbaik untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk meninjau tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Sulaman Manik di Alor Setar Kedah