Profile

Kursus Sulaman Manik Kedah

 

 

Adakah anda ingin mencari kursus sulaman manik di sekitar kawasan anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana tempat kursus sulaman manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mendaftar kursus sulaman manik untuk persediaan untuk menambah nilai kemahiran anda? Atau adakah anda ingin mengikuti kursus sulaman manik di kawasan kediaman anda kerana meminati dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman menerusi dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus sulaman manik secara online kepada anda. Kami mempunyai lebih 3587 peserta berdaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa setiap waktu tidak mengira masa.

Malah, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Justeru, bermula daripada tahun 2017, kami telah memberikan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam platform Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut sumbang saran dan permintaan para pelajar kami.

Jadi, anda tidak sahaja dapat mempelajari bermacam-macam seni kerajinan tangan bersama kami, akan tetapi anda juga mampu memberikan sumbang saran tajuk yang ingin anda ikuti.

Khidmat Kursus Sulaman Manik.

Tujuan kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus sulaman manik yang terbaik dan berkualiti untuk memenuhi kemahuan anda. Kami membina pelbagai modul kursus sulaman manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun modul kursus sulaman manik telah dicerakinkan mengikut tahap kemahiran setiap ahli bermula dari tahap kemahiran pemula hingga ke tahap kemahiran penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk anda memulakan perbincangan berkaitan dengan kemahiran yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap kemusykilan anda.

Kami sentiasa prihatin dalam membina perhubungan jangka panjang dengan ahli kami walaupun selepas menyempurnakan sesi kursus sulaman manik bersama kami. Ini sinonim dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu ahli kami untuk lebih berjaya dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, walaupun anda mahu mengikuti kursus sulaman manik hanya sebagai hobi atau sebagai proses menjadi usahawan, Akademi2u adalah wadah yang terbaik. Ini disebabkan anda boleh mempelajari manik biarpun tanpa perlu hadir kursus sulaman manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan gajet atau PC sahaja, anda sudah dapat mempelajarinya walau di mana jua lokasi anda.

Adapun, sekiranya anda ingin mengikuti kursus sulaman manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat aneka kursus sulaman manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus sulaman manik secara private coaching tanpa ada pelajar lain. Dalam erti kata lain, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus sulaman manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jika jarak lokasi atau waktu merupakan bebanan anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka sesi pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang sesuai. Anda berupaya mempelajari apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang dimuatkan di sini secara online tidak kira di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Sulaman Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan guru berpengalaman dalam industri ini untuk memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran semasa. Kami yakin, pengalaman adalah guru yang paling berkesan. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak boleh dijual beli.

Oleh itu terdapat segmen tip dan rahsia yang diselitkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen tip dan rahsia ini diperkenalkan agar pelajar tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang bakal dilakukan ketika mempraktikkan teknik yang telah dipelajarinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah disusun atur dengan step yang mudah difahami bagi memastikan kesemua pelajar memahaminya secara optimum. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan tangan ini. Kami tidak begitu rigid dengan teori pembelajaran. Adapun, kami terapkan konsep praktikal dalam segenap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Widget Testimoni’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran dijaga, kesemua modul telah diseragamkan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan paparan video yang jelas dan menarik. Kesemua segmen video telah dipecahkan berdasarkan modul bagi memudahkan pelajar menerima kesemua maklumat dengan lebih berkesan.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Percaya atau tidak, paparan video yang menarik akan menjadi hambar jika audio yang dimasukkan di dalam video adalah tidak jelas. Jadi, dalam memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan sisipan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap pelajar boleh memuat turun bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan tahun 2018. Gamification membawa maksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti anda di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah tambahkan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan pada mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Justeru, untuk menebus produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, melakukan perbincangan, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin bertambah mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus sulaman manik tidak akan lengkap tanpa memberikan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menamatkan dengan sempurna kesemua modul yang terdapat di dalam kursus sulaman manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk referens skill anda. Pastinya anda akan berjaya menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus sulaman manik yang bermutu untuk anda mempelajari dan menguasai kemahiran ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa dan waktu untuk mempelajari tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Bandar dan Area Kursus Sulaman Manik di Kedah:

Sungai Petani
Alor Setar
Kulim
Jitra
Baling
Pendang
Langkawi
Yan
Sik
Kuala Nerang
Pokok Sena