Daftar Kursus Sulam Manik Di Yan

Daftar Kursus Sulam Manik Di Yan

 

 

Adakah anda mencari kursus sulam manik di berdekatan kawasan anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana tempat kursus sulam manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mengikuti kursus sulam manik untuk persediaan untuk menambah skill anda? Atau adakah anda ingin mendaftar kursus sulam manik di kediaman anda kerana meminati dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman menerusi dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus sulam manik secara atas talian untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli berdaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap hari tanpa mengira masa.

Tidak cukup dengan itu, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Malah, bermula daripada 2017, kami telah menawarkan lebih banyak topik secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini dimuatkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut permintaan dan idea para pelajar kami.

Justeru, anda bukan sahaja mampu mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, akan tetapi anda juga mampu mengutarakan sumbang saran tajuk yang ingin anda ikuti.

 

 

Khidmat Kursus Sulam Manik.

Matlamat kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus sulam manik yang professional dan berkualiti untuk memenuhi kehendak anda. Kami membina pelbagai modul kursus sulam manik bermula dari segmen manik untuk pemula, segmen manik pertengahan, segmen manik advance, segmen manik crumble serta segmen manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun kesemua segmen kursus sulam manik telah dipecahkan mengikut level kemahiran setiap pelajar bermula dari level kemahiran pemula hingga ke level kemahiran penyulam berpengalaman. Adapun, kami telah memperkenalkan ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk peserta memulakan perbincangan berkaitan dengan topik yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap kemusykilan anda.

Kami sentiasa prihatin dalam membina perhubungan jangka panjang dengan pelajar kami walaupun selepas menghabiskan modul kursus sulam manik dengan kami. Ini bertepatan dengan konsep kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu pelajar kami untuk berjaya dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, samada anda ingin mengikuti kursus sulam manik hanya memenuhi masa sanggang atau sebagai proses menjadi usahawan, Akademi2u adalah saluran yang terbaik. Ini berikutan anda boleh mempelajari jahitan manik biarpun tanpa perlu hadir kursus sulam manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan gajet atau PC sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua tempat anda.

Akan tetapi, sekiranya anda ingin mengikuti kursus sulam manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah satu kekangan kepada anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat pelbagai kursus sulam manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus sulam manik secara one to one basis tanpa ada pelajar lain. Dalam erti kata lain, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus sulam manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jika jarak lokasi atau kesibukan masa merupakan satu bebanan anda untuk mempelajari seni kemahiran kerajinan tangan ini, maka sesi pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang tepat. Anda berupaya mempelajari apa jua tutorial seni kerajinan halus tangan yang dipaparkan di sini secara atas talian walau di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Sulam Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam industri ini untuk memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami amat yakin, pengalaman adalah pendidik yang paling berkesan. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri seni halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mampu untuk dijual beli.

Rentetan daripada itu terdapat segmen tip dan rahsia yang dihimpunkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada peserta. Segmen tip dan rahsia ini diketengahkan agar peserta tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang bakal dibuat ketika mana mempraktikkan teknik yang sedang diikutinya.

Malah setiap modul pembelajaran telah diatur dengan langkah yang mudah difahami bagi memastikan setiap peserta memahaminya secara total. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri seni halus tangan ini. Pihak kami tidak begitu rigid dengan teori pembelajaran. Adapun sebaliknya, kami terapkan konsep praktikal dalam kesemua sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Peserta Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran terjaga, kesemua modul telah diselaraskan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan paparan video yang jelas dan berkualiti. Setiap segmen video telah dibahagikan mengikut modul bagi menyenangkan peserta menerima kesemua maklumat dengan berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Percaya atau tidak, paparan video yang cantik akan menjadi hambar jikalau audio yang dimuatkan di dalam video adalah tidak jelas. Justeru, dalam memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap pelajar boleh mendownload bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan 2018. Gamification membawa erti proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti peserta di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah masukkan produk bonus yang hanya boleh didapatkan secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di dalam mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Justeru, untuk menebus produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, berbincang, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin bertambah mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus sulam manik tidak akan lengkap tanpa menganugerahkan sijil tamat kepada para peserta. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menghabiskan kesemua modul yang terdapat di dalam kursus sulam manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk portfolio anda. Pastinya anda mampu menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus sulam manik yang bermutu untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus tangan ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mempelajari tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Sulam Manik di Yan Kedah