Profile

Daftar Kursus Sulam Manik Di Sungai Petani

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus sulam manik di berdekatan kawasan anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus sulam manik berhampiran anda? Adakah anda mahu mendaftar kursus sulam manik sebagai persediaan untuk menjadi usahawan? Atau adakah anda mahu mengikuti kursus sulam manik di tempat anda kerana berminat dengan dunia seni kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam dunia seni kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus sulam manik secara online untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar yang mendaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap waktu tanpa mengira masa.

Untuk pengetahuan anda, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Justeru, bermula daripada tahun 2017, kami telah menawarkan lebih banyak tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimuatkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengambil kira sumbang saran dan permintaan para peserta kami.

Oleh yang demikian, anda tidak sahaja mampu mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga digalakkan memberikan cadangan topik yang mahu anda ketahui.

 

 

Khidmat Kursus Sulam Manik.

Tujuan kami adalah untuk memberikan khidmat kursus sulam manik yang terbaik dan berkualiti untuk memenuhi kehendak anda. Kami menawarkan pelbagai modul kursus sulam manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Kesemua kurikulum kursus sulam manik telah dibahagikan mengikut tahap kemahiran setiap peserta bermula dari tahap kemahiran pemula hingga ke tahap kemahiran penyulam berpengalaman. Malah, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk pelajar memulakan diskusi berkaitan dengan tajuk yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Akademi2u sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan peserta kami meskipun selepas tamat mengikuti kursus sulam manik dengan kami. Ini sinonim dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu peserta kami untuk sukses dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda mahu mengikuti kursus sulam manik hanya sekadar hobi atau untuk menimba ilmu baru, Akademi2u adalah platform yang terbaik. Ini disebabkan anda boleh mempelajari manik biarpun tanpa perlu hadir kursus sulam manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan talian internet sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua tempat tinggal anda.

Namun, sekiranya anda hendak mengikuti kursus sulam manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah satu kekangan kepada anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat bermacam-macam kursus sulam manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus sulam manik secara private coaching tanpa ada peserta lain. Maksudnya, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara perseorangan. Sesi kursus sulam manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Adapun jarak lokasi atau waktu merupakan satu kesulitan buat anda untuk mempelajari seni kerajinan tangan ini, maka sesi pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang paling sesuai. Anda berupaya mendaftar diri apa jua tutorial seni kerajinan halus tangan yang disediakan di sini secara online tidak kira di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Sulam Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan guru yang mempunyai banyak pengalaman dalam industri ini untuk memastikan setiap modul yang telah dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami yakin, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba dalam sesuatu industri seperti industri seni halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak dapat dijual beli.

Rentetan daripada itu terdapat modul rahsia dan tip yang dimasukkan dalam setiap modul untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen tip dan rahsia ini diperkenalkan supaya pelajar tidak melakukan kesilapan dan kesalahan yang bakal dibuat ketika mana mempraktikkan teknik yang telah dipelajarinya.

Malah semua modul pembelajaran telah diatur dengan langkah yang mudah diikuti bagi memastikan setiap pelajar memahaminya secara optimum. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri seni halus tangan ini. Kami tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Adapun sebaliknya, kami lebih mengambil pakai konsep praktikal dalam kesemua sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran terpelihara, kesemua modul telah dipersembahkan dalam bentuk video. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan berkualiti. Kesemua segmen video telah dipecahkan mengikut modul bagi menyenangkan pelajar menerima kesemua info dengan baik.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Adapun, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar jika audio yang dimasukkan di dalam video adalah tidak jelas. Justeru, bagi memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap peserta boleh memuat turun bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti anda di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah berikan produk bonus yang hanya boleh didapatkan secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak dikeluarkan lagi pada mana-mana topik tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Untuk itu, bagi menebus produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, melakukan perbincangan, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, lagi bertambah mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus sulam manik tidak akan sempurna tanpa pemberian sijil tamat kepada para pelajar. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menghabiskan kesemua modul yang terdapat di dalam kursus sulam manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda akan berjaya menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus sulam manik yang bermutu untuk anda mempelajari dan menguasai kemahiran ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa dan waktu untuk mempelajari tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Sulam Manik di Sungai Petani Kedah