Daftar Kursus Sulam Manik Di Pokok Sena

Daftar Kursus Sulam Manik Di Pokok Sena

 

 

Adakah anda mencari kursus sulam manik di sekitar kediaman anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus sulam manik berhampiran anda? Adakah anda mahu mendaftar kursus sulam manik sebagai persediaan untuk menambah nilai kemahiran anda? Atau adakah anda mahu mengikuti kursus sulam manik di tempat anda kerana berminat dengan dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus sulam manik secara online buat anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli yang mendaftar dan belajar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap hari tanpa mengira masa.

Untuk pengetahuan anda, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Untuk itu, bermula daripada tahun tersebut, kami telah mengadakan lebih banyak tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini ditambahkan ke dalam platform Akademi2u dari semasa ke semasa berdasarkan permintaan dan sumbang saran para pelajar kami.

Jadi, anda tidak sahaja boleh mempelajari apa jua seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga mampu memberikan cadangan topik yang mahu anda ikuti.

 

 

Khidmat Kursus Sulam Manik.

Tujuan kami adalah untuk menyediakan servis kursus sulam manik yang berkualiti dan professional untuk memenuhi kehendak anda. Kami menawarkan pelbagai modul kursus sulam manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Untuk pengetahuan anda, kesemua modul kursus sulam manik telah dipecahkan mengikut level setiap peserta bermula dari level pemula hingga ke level penyulam berpengalaman. Adapun, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk anda memulakan diskusi berkaitan dengan tajuk yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Akademi2u sentiasa prihatin dalam membina perhubungan yang professional dengan peserta kami walaupun selepas menghabiskan modul kursus sulam manik bersama kami. Ini amat relevan dengan pegangan kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong peserta kami untuk berjaya dalam dunia kerajinan tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda hendak mengikuti kursus sulam manik hanya sekadar untuk hobi atau untuk memantapkan kemahiran anda, Akademi2u adalah sumber yang terbaik. Ini berikutan anda boleh mempelajari manik biarpun tanpa perlu hadir kursus sulam manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan gajet atau PC sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua tempat anda.

Namun, sekiranya anda mahu mendaftar kursus sulam manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah merupakan penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di akademi tersebut, terdapat aneka kursus sulam manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus sulam manik secara private coaching tanpa ada pelajar lain. Maksudnya, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus sulam manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jikalau jarak lokasi atau waktu merupakan satu penghalang kepada anda untuk mempelajari seni kerajinan tangan ini, maka sesi pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang tepat. Anda boleh mendaftar diri apa jua topik seni kerajinan tangan yang dimuatkan di sini secara online tidak kira di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Sulam Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam sektor ini untuk memastikan setiap modul yang telah dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami percaya, pengalaman adalah pendidik yang paling berkesan. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak dapat dijual beli.

Disebabkan itu terdapat modul rahsia dan tip yang dihimpunkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen rahsia dan tip ini diketengahkan agar pelajar tidak melakukan kesalahan dan kesilapan yang bakal dibuat ketika mempraktikkan teknik yang sedang diikutinya.

Malah semua modul pembelajaran telah disusun atur dengan langkah yang mudah diikuti bagi memastikan setiap pelajar memahaminya secara menyeluruh. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan tangan ini. Pihak Akademi2u tidak utamakan teori pembelajaran. Adapun, kami lebih mengambil pakai konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran dijaga, kesemua modul telah diselaraskan dalam bentuk video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan paparan video yang jelas dan menarik. Setiap segmen video telah dibahagikan berdasarkan modul bagi memudahkan pelajar menerima kesemua maklumat dengan lebih berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang cantik akan menjadi hambar jikalau audio yang dimasukkan di dalam video adalah tidak jelas. Jadi, dalam memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap pelajar boleh mendownload bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan tahun 2018. Gamification boleh diertikan sebagai proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti peserta di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah berikan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak diterbitkan di dalam mana-mana topik tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Untuk itu, untuk menebus produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, melakukan perbincangan, menghabiskan topik tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus sulam manik tidak akan sempurna tanpa menganugerahkan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk makluman anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menamatkan dengan sempurna kesemua modul yang dimuatkan di dalam kursus sulam manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda akan berjaya menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan servis kursus sulam manik yang bermutu untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus tangan ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk mempelajari tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Sulam Manik di Pokok Sena Kedah