Profile

Daftar Kursus Sulam Manik Di Pendang

 

 

Adakah anda mencari kursus sulam manik di sekitar kawasan kediaman anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana tempat kursus sulam manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mendaftar kursus sulam manik sebagai persediaan untuk menjana pendapatan anda? Atau adakah anda ingin mendaftar kursus sulam manik di kediaman anda kerana berminat dengan dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus sulam manik secara atas talian kepada anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar berdaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap hari tidak mengira masa.

Tidak cukup dengan itu, Akademi2u juga telah menjadi rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Justeru, bermula daripada tahun tersebut, kami telah menawarkan lebih banyak topik secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini ditambahkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa berdasarkan permintaan dan cadangan para peserta kami.

Oleh yang demikian, anda tidak sahaja boleh mempelajari pelbagai seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga mampu mengutarakan cadangan topik yang ingin anda ikuti.

 

 

Khidmat Kursus Sulam Manik.

Tujuan kami adalah untuk menyediakan servis kursus sulam manik yang berkualiti dan professional untuk memenuhi kehendak anda. Kami membina aneka modul kursus sulam manik bermula dari segmen manik untuk pemula, segmen manik pertengahan, segmen manik advance, segmen manik crumble serta segmen manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Untuk pengetahuan anda, kesemua segmen kursus sulam manik telah dicerakinkan mengikut level kemahiran setiap peserta bermula dari level kemahiran pemula hingga ke level kemahiran penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk pelajar memulakan perbincangan berkaitan dengan topik yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap kemusykilan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan peserta kami walaupun selepas menyempurnakan sesi kursus sulam manik dengan kami. Ini bertepatan dengan pegangan kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong peserta kami untuk lebih sukses dalam dunia kerajinan tangan ini.

Tidak kira, walaupun anda ingin mengikuti kursus sulam manik hanya untuk suka-suka atau untuk memantapkan kemahiran anda, Akademi2u adalah saluran yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari jahit manik biarpun tanpa perlu menhadiri kursus sulam manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan gajet atau PC sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua lokasi kediaman anda.

Namun, jika anda ingin mengikuti kursus sulam manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah satu kekangan kepada anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di akademi tersebut, terdapat aneka kursus sulam manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus sulam manik secara private coaching tanpa ada peserta lain. Maksudnya, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara perseorangan. Sesi kursus sulam manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jikalau jarak lokasi atau kesibukan masa merupakan bebanan anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka sesi pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang terbaik. Anda boleh mendaftar diri apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang dimuatkan di sini secara atas talian walau di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Sulam Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan pengajar berpengalaman dalam industri ini untuk memastikan setiap modul yang telah dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami amat yakin, pengalaman adalah pendidik yang paling berkesan. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Rentetan daripada itu terdapat segmen rahsia dan tip yang dimasukkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen tip dan rahsia ini diperkenalkan supaya pelajar tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang bakal dilakukan ketika mana mempraktikkan teknik yang dipelajarinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah disusun atur dengan step yang mudah difahami bagi memastikan setiap pelajar memahaminya secara total. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Kami tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Adapun sebaliknya, kami lebih mengambil pakai konsep praktikal dalam kesemua sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran sentiasa dijaga, kesemua modul telah diseragamkan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan paparan video yang jelas dan menarik. Kesemua segmen video telah dibahagikan berpandukan pecahan modul bagi menyenangkan pelajar menerima kesemua info dengan lebih berkesan.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Percaya atau tidak, paparan video yang menarik akan menjadi hambar jikalau audio yang dimuatkan di dalam video adalah tidak jelas. Justeru, bagi memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan-bahan mengajar untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap peserta boleh memuat turun bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan tahun 2018. Gamification boleh diertikan sebagai proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti pelajar di dalam platform akan diberikan point.

Mata ganjaran ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah berikan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak diterbitkan di dalam mana-mana topik tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Jadi, untuk memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, berbincang, menghabiskan topik tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, lagi bertambah point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus sulam manik tidak akan lengkap tanpa memberikan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang dimuatkan di dalam kursus sulam manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk portfolio anda. Pastinya anda akan dapat menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan servis kursus sulam manik yang bermutu untuk anda mempelajari dan menguasai seni halus tangan ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu untuk melakukan kajian tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Sulam Manik di Pendang Kedah