Daftar Kursus Sulam Manik Di Kulim

Daftar Kursus Sulam Manik Di Kulim

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus sulam manik di sekitar kediaman anda? Adakah anda mahu belajar manik tetapi tidak tahu di mana tempat kursus sulam manik berhampiran anda? Adakah anda ingin memasuki kursus sulam manik sebagai persediaan untuk menambah nilai kemahiran anda? Atau adakah anda ingin mendaftar kursus sulam manik di kawasan kediaman anda kerana meminati dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus sulam manik secara online khas untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 peserta yang mendaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa setiap waktu tidak mengira masa.

Tidak cukup dengan itu, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Malah, bermula daripada 2017, kami telah memasukkan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini dimuatkan ke dalam platform Akademi2u dari semasa ke semasa mengambil kira idea dan permintaan para pelajar kami.

Oleh itu, anda tidak sahaja boleh mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga mampu melontarkan cadangan tajuk yang ingin anda ketahui.

 

 

Khidmat Kursus Sulam Manik.

Tujuan kami adalah untuk memberikan khidmat kursus sulam manik yang berkualiti dan terbaik untuk memenuhi kehendak anda. Kami membina pelbagai modul kursus sulam manik bermula dari segmen manik untuk pemula, segmen manik pertengahan, segmen manik advance, segmen manik crumble serta segmen manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Untuk pengetahuan anda, kesemua segmen kursus sulam manik telah dibahagikan mengikut tahap setiap ahli bermula dari tahap pemula hingga ke tahap penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah memperkenalkan ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk pelajar memulakan perbincangan berkaitan dengan kemahiran yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap kemusykilan anda.

Akademi2u sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan ahli kami sungguhpun selepas menghabiskan modul kursus sulam manik bersama kami. Ini sinonim dengan pegangan kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong ahli kami untuk lebih sukses dalam dunia seni halus tangan ini.

Tidak kira, samada anda ingin mengikuti kursus sulam manik hanya memenuhi masa sanggang atau untuk memantapkan kemahiran anda, Akademi2u adalah sumber yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari manik biarpun tanpa menghadiri kursus sulam manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan internet sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua anda berada.

Sebaliknya, sekiranya anda ingin mendaftar kursus sulam manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah menjadi bebanan anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di akademi tersebut, terdapat bermacam-macam kursus sulam manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus sulam manik secara private coaching tanpa ada pelajar lain. Dalam erti kata lain, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus sulam manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Adapun jarak lokasi atau masa merupakan satu bebanan anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka sesi pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang terbaik. Anda boleh mempelajari apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang dipaparkan di sini secara online walau di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Sulam Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan guru yang bertahun-tahun berpengalaman dalam sektor ini bagi memastikan setiap modul yang telah dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak semasa. Kami amat yakin, pengalaman adalah pendidik yang terbaik. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Disebabkan itu terdapat segmen rahsia dan tip yang dihimpunkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen tip dan rahsia ini diketengahkan supaya pelajar tidak melakukan kesalahan dan kesilapan yang bakal dilakukan semasa mempraktikkan teknik yang dipelajarinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah diatur dengan langkah yang mudah diikuti bagi memastikan setiap pelajar memahaminya secara penuh. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan tangan ini. Akademi2u tidak utamakan teori pembelajaran. Adapun sebaliknya, kami lebih mengambil kira konsep praktikal dalam kesemua sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran terjaga, kesemua modul telah dibangunkan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan berkualiti. Kesemua segmen video telah dipecahkan berpandukan pecahan modul bagi memudahkan pelajar menerima kesemua info dengan berkesan.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang menarik akan menjadi hambar jika audio yang dimasukkan di dalam video tidak berkualiti. Jadi, bagi memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan sisipan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap pelajar boleh mendownload bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan 2018. Gamification membawa maksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti pelajar di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah tambahkan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak diterbitkan pada mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Justeru, untuk memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, melakukan perbincangan, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, lagi banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus sulam manik tidak akan lengkap tanpa memberikan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menamatkan dengan sempurna kesemua modul yang disediakan di dalam kursus sulam manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda berupaya menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus sulam manik yang terbaik untuk anda mempelajari dan menguasai seni halus ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk meninjau tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Sulam Manik di Kulim Kedah