Profile

Daftar Kursus Sulam Manik Di Baling

 

 

Adakah anda ingin mencari kursus sulam manik berhampiran kawasan anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana tempat kursus sulam manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mendaftar kursus sulam manik sebagai persediaan untuk menjadi usahawan? Atau adakah anda ingin mendaftar kursus sulam manik di tempat anda kerana ingin berjinak-jinak dalam dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus sulam manik secara atas talian khas untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar yang mendaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini telah bertambah dari semasa ke semasa setiap waktu tanpa mengira masa.

Untuk pengetahuan anda, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Untuk itu, bermula daripada tahun 2017, kami telah memberikan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini ditambahkan ke dalam platform Akademi2u dari semasa ke semasa berdasarkan permintaan dan cadangan para pelajar kami.

Jadi, anda bukan sahaja mampu mempelajari bermacam-macam seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga boleh mengutarakan cadangan topik yang ingin anda ikuti.

 

 

Khidmat Kursus Sulam Manik.

Matlamat kami adalah untuk memberikan servis kursus sulam manik yang berkualiti dan terbaik untuk memenuhi kemahuan anda. Kami memperkenalkan pelbagai modul kursus sulam manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Kesemua modul kursus sulam manik telah dicerakinkan mengikut tahap kemahiran setiap pelajar bermula dari tahap kemahiran pemula hingga ke tahap kemahiran penyulam berpengalaman. Malah, kami telah memperkenalkan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk setiap ahli berdaftar memulakan perbincangan berkaitan dengan kemahiran yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap kemusykilan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan pelajar kami sungguhpun selepas menghabiskan modul kursus sulam manik dengan kami. Ini bersesuaian dengan pegangan kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu pelajar kami untuk lebih berjaya dalam dunia seni halus tangan ini.

Tidak kira, walaupun anda ingin mengikuti kursus sulam manik hanya sebagai hobi atau sebagai proses menjadi usahawan, Akademi2u adalah sumber yang terbaik. Ini disebabkan anda boleh mempelajari sulam manik biarpun tanpa perlu mengikuti kursus sulam manik secara fizikal. Hanya di hujung jari sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua tempat anda.

Akan tetapi, jika anda ingin mendaftar kursus sulam manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat aneka kursus sulam manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus sulam manik secara orang perseorangan tanpa ada pelajar lain. Dalam erti kata lain, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara perseorangan. Sesi kursus sulam manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jikalau jarak lokasi atau kesibukan masa merupakan satu bebanan anda untuk mempelajari seni kemahiran kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang terbaik. Anda mampu mengikuti apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang dimuatkan di sini secara atas talian walau di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Sulam Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang bertahun-tahun berpengalaman dalam industri ini untuk memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak semasa. Kami yakin, pengalaman adalah guru yang paling berkesan. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Rentetan daripada itu terdapat modul tip dan rahsia yang diselitkan dalam setiap modul untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen rahsia dan tip ini diketengahkan dengan harapan pelajar tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang bakal dilakukan semasa mempraktikkan teknik yang dipelajarinya.

Malah semua modul pembelajaran telah disusun dengan langkah yang mudah diikuti bagi memastikan setiap pelajar memahaminya secara menyeluruh. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Akademi2u tidak begitu rigid dengan teori pembelajaran. Adapun, kami lebih mengambil pakai konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran sentiasa dijaga, kesemua modul telah dipersembahkan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan menarik. Setiap segmen video telah dibahagikan mengikut modul bagi memudahkan pelajar menerima kesemua maklumat dengan berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Adapun, paparan video yang menarik akan menjadi hambar jika audio yang dimuatkan di dalam video tidak berkualiti. Jadi, dalam memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan sisipan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap pelajar boleh mendownload bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan tahun 2018. Gamification membawa maksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan peserta di dalam platform akan diberikan point.

Point ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah wujudkan produk bonus yang hanya boleh ditebus milik secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan pada mana-mana topik tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Oleh yang demikian, bagi mendapatkan produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, berbincang, menyempurnakan tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin bertambah point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus sulam manik tidak akan lengkap tanpa menganugerahkan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menghabiskan kesemua modul yang terdapat di dalam kursus sulam manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda akan dapat menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan servis kursus sulam manik yang terbaik untuk anda menguasai dan mempelajari kemahiran ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk meninjau tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Sulam Manik di Baling Kedah