Daftar Kursus Sulam Manik Di Alor Setar

Daftar Kursus Sulam Manik Di Alor Setar

 

 

Adakah anda ingin mencari kursus sulam manik di berdekatan kediaman anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana tempat kursus sulam manik berhampiran anda? Adakah anda mahu mengikuti kursus sulam manik untuk persediaan untuk menjana pendapatan anda? Atau adakah anda mahu mengikuti kursus sulam manik di kediaman anda kerana meminati dunia seni kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia seni kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus sulam manik secara atas talian untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar yang mendaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap hari tanpa mengira masa.

Tidak cukup dengan itu, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Malah, bermula daripada tahun tersebut, kami telah memasukkan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa berdasarkan idea dan permintaan para pelajar kami.

Oleh yang demikian, anda tidak sahaja dapat mempelajari bermacam-macam seni kerajinan tangan bersama kami, akan tetapi anda juga boleh memberikan cadangan tajuk yang mahu anda ikuti.

 

 

Khidmat Kursus Sulam Manik.

Matlamat kami adalah untuk memberikan servis kursus sulam manik yang berkualiti dan terbaik untuk memenuhi kehendak anda. Kami memperkenalkan pelbagai modul kursus sulam manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Untuk pengetahuan anda, kesemua kurikulum kursus sulam manik telah dipecahkan mengikut level kemahiran setiap pelajar bermula dari level kemahiran pemula hingga ke level kemahiran penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk anda memulakan diskusi berkaitan dengan topik yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap kemusykilan anda.

Akademi2u sentiasa prihatin dalam membina perhubungan yang professional dengan pelajar kami walaupun selepas selesai mengikuti kursus sulam manik dengan kami. Ini bertepatan dengan konsep kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu pelajar kami untuk lebih berjaya dalam dunia kerajinan tangan ini.

Tidak kira, samada anda ingin mengikuti kursus sulam manik hanya sekadar untuk hobi atau untuk menimba ilmu baru, Akademi2u adalah wadah yang terbaik. Ini disebabkan anda boleh mempelajari sulaman manik biarpun tanpa perlu turut serta kursus sulam manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan internet sahaja, anda sudah dapat mempelajarinya walau di mana jua tempat tinggal anda.

Sebaliknya, sekiranya anda hendak mendaftar kursus sulam manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah satu kekangan kepada anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di akademi tersebut, terdapat aneka kursus sulam manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus sulam manik secara private coaching tanpa ada pelajar lain. Maksudnya, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara persendirian. Sesi kursus sulam manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jikalau jarak lokasi atau masa merupakan kekangan anda untuk mempelajari seni kemahiran kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang paling sesuai. Anda mampu mempelajari apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang dipaparkan di sini secara atas talian walau di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Sulam Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan guru berpengalaman dalam sektor ini untuk memastikan setiap modul yang telah dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami amat yakin, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak dapat dijual beli.

Oleh itu terdapat segmen tip dan rahsia yang dimasukkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada peserta. Segmen rahsia dan tip ini diperkenalkan dengan harapan peserta tidak melakukan kesalahan dan kesilapan yang bakal dilakukan sewaktu mempraktikkan teknik yang sedang diikutinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah diatur dengan step yang mudah difahami bagi memastikan setiap peserta memahaminya seratus peratus. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan tangan ini. Pihak kami tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Adapun, kami menitikberatkan konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran dijaga, kesemua modul telah dipersembahkan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan menarik. Kesemua segmen video telah dibahagikan berdasarkan modul bagi menyenangkan peserta menerima kesemua input modul dengan baik.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar jika audio yang dimuatkan di dalam video tidak berkualiti. Justeru, dalam memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap pelajar boleh memuat turun bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan tahun 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan pelajar di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah masukkan produk bonus yang hanya boleh didapatkan secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak diterbitkan di dalam mana-mana tajuk tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Untuk itu, bagi mendapatkan produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, melakukan perbincangan, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus sulam manik tidak akan sempurna tanpa pemberian sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang dimuatkan di dalam kursus sulam manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda akan berjaya menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan servis kursus sulam manik yang terbaik untuk anda menguasai dan mempelajari seni kerajinan ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa dan waktu untuk mengetahui tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Sulam Manik di Alor Setar Kedah