Kursus Sulam Manik Kedah

Kursus Sulam Manik Kedah

 

 

Adakah anda ingin mencari kursus sulam manik di berdekatan kawasan anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus sulam manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mengikuti kursus sulam manik untuk persediaan untuk menambah skill anda? Atau adakah anda ingin mengikuti kursus sulam manik di tempat anda kerana ingin berjinak-jinak dalam dunia seni kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam dunia seni kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus sulam manik secara online khas untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar yang mendaftar dan belajar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap waktu tidak mengira masa.

Adapun, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Justeru, bermula daripada tahun 2017, kami telah mengadakan lebih banyak tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini ditambahkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut cadangan dan permintaan para pelajar kami.

Oleh yang demikian, anda tidak sahaja boleh mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga mampu memberikan cadangan topik yang ingin anda ketahui.

Khidmat Kursus Sulam Manik.

Matlamat kami adalah untuk menyediakan servis kursus sulam manik yang berkualiti dan terbaik untuk memenuhi kehendak anda. Kami membina aneka modul kursus sulam manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Untuk pengetahuan anda, kesemua kurikulum kursus sulam manik telah dibahagikan mengikut tahap kemahiran setiap ahli bermula dari tahap kemahiran pemula hingga ke tahap kemahiran penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk pelajar memulakan perbincangan berkaitan dengan tajuk yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap kemusykilan anda.

Kami sentiasa prihatin dalam membina perhubungan jangka panjang dengan ahli kami biarpun selepas selesai mengikuti kursus sulam manik bersama kami. Ini bertepatan dengan pegangan kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong ahli kami untuk lebih berjaya dalam dunia seni halus tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda berhasrat mengikuti kursus sulam manik hanya memenuhi masa sanggang atau untuk menjana pendapatan, Akademi2u adalah wadah yang terbaik. Ini berikutan anda boleh mempelajari jahit manik biarpun tanpa perlu turut serta kursus sulam manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan talian internet sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua tempat anda.

Adapun, sekiranya anda ingin mendaftar kursus sulam manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah merupakan penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di akademi tersebut, terdapat pelbagai kursus sulam manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus sulam manik secara private coaching tanpa ada pelajar lain. Maksudnya, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara perseorangan. Sesi kursus sulam manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Adapun jarak lokasi atau masa merupakan satu kesulitan buat anda untuk mempelajari seni kerajinan tangan ini, maka sesi pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang paling tepat. Anda mampu mengikuti apa jua topik seni kerajinan tangan yang dimuatkan di sini secara online tidak kira di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Sulam Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan pengajar yang bertahun-tahun berpengalaman dalam industri ini bagi memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami amat yakin, pengalaman adalah guru yang paling berkesan. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba dalam sesuatu industri seperti industri seni halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Rentetan daripada itu terdapat segmen tip dan rahsia yang diselitkan dalam setiap modul untuk memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen rahsia dan tip ini diperkenalkan supaya pelajar tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang bakal dibuat ketika mana mempraktikkan teknik yang telah dipelajarinya.

Malah semua modul pembelajaran telah disusun atur dengan step yang mudah diikuti bagi memastikan setiap pelajar memahaminya seratus peratus. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri seni halus tangan ini. Akademi2u tidak utamakan teori pembelajaran. Adapun, kami lebih mengambil pakai konsep praktikal dalam segenap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Widget Testimoni’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran dijaga, kesemua modul telah dipersembahkan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan menarik. Kesemua segmen video telah dipecahkan berdasarkan modul bagi menyenangkan pelajar menerima kesemua input modul dengan berkesan.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar jika audio yang dimuatkan di dalam video tidak berkualiti. Justeru, dalam memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan sisipan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap pelajar boleh memuat turun bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan tahun 2018. Gamification membawa maksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan pelajar di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Mata ganjaran ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah masukkan produk bonus yang hanya boleh ditebus milik secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak dikeluarkan lagi di dalam mana-mana topik tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Justeru, bagi mendapatkan produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, berdiskusi, menyempurnakan tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, lagi banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus sulam manik tidak akan lengkap tanpa memberikan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menghabiskan kesemua modul yang terdapat di dalam kursus sulam manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk portfolio anda. Pastinya anda akan berjaya menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan servis kursus sulam manik yang bermutu untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu untuk mempelajari tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Bandar dan Area Kursus Sulam Manik di Kedah:

Sungai Petani
Alor Setar
Kulim
Jitra
Baling
Pendang
Langkawi
Yan
Sik
Kuala Nerang
Pokok Sena