Daftar Kursus Menjahit Manik Di Yan

Daftar Kursus Menjahit Manik Di Yan

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus menjahit manik di sekitar kawasan anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana tempat kursus menjahit manik berhampiran anda? Adakah anda mahu memasuki kursus menjahit manik sebagai persediaan untuk menjadi usahawan? Atau adakah anda mahu mendaftar kursus menjahit manik di kediaman anda kerana ingin berjinak-jinak dalam dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman menerusi dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus menjahit manik secara atas talian untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar berdaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa setiap waktu tanpa mengira masa.

Adapun, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Justeru, bermula daripada tahun 2017, kami telah memasukkan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengambil kira idea dan permintaan para peserta kami.

Oleh yang demikian, anda bukan sahaja mampu mempelajari bermacam-macam seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga mampu melontarkan sumbang saran topik yang mahu anda ketahui.

 

 

Khidmat Kursus Menjahit Manik.

Matlamat kami adalah untuk memberikan khidmat kursus menjahit manik yang terbaik dan berkualiti untuk memenuhi kehendak anda. Kami menyediakan pelbagai modul kursus menjahit manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun kurikulum kursus menjahit manik telah dibahagikan mengikut tahap setiap pelajar bermula dari tahap pemula hingga ke tahap penyulam berpengalaman. Adapun, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk pelajar memulakan diskusi berkaitan dengan kemahiran yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa prihatin dalam membina perhubungan yang professional dengan pelajar kami walaupun selepas selesai mengikuti kursus menjahit manik dengan kami. Ini bersesuaian dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu pelajar kami untuk sukses dalam dunia seni kerajinan tangan ini.

Tidak kira, samada anda mahu mengikuti kursus menjahit manik hanya untuk suka-suka atau untuk menjana pendapatan, Akademi2u adalah platform yang terbaik. Ini berikutan anda boleh mempelajari jahit manik biarpun tanpa perlu turut serta kursus menjahit manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan talian internet sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua lokasi anda.

Adapun, sekiranya anda hendak mendaftar kursus menjahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di Akademi Sulaman Sri Classic, terdapat pelbagai kursus menjahit manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus menjahit manik secara orang perseorangan tanpa ada peserta lain. Maksudnya, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara perseorangan. Sesi kursus menjahit manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jikalau jarak lokasi atau masa merupakan satu bebanan anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka sesi pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang paling tepat. Anda mampu mempelajari apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang dimuatkan di sini secara atas talian tidak kira di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Menjahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang bertahun-tahun berpengalaman dalam sektor ini untuk memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami amat yakin, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri seni halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak boleh dijual beli.

Sebab itu terdapat modul rahsia dan tip yang diselitkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada peserta. Segmen tip dan rahsia ini diketengahkan mudah-mudahan peserta tidak melakukan kesilapan dan kesalahan yang bakal dibuat semasa mempraktikkan teknik yang telah dipelajarinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah disusun atur dengan step yang mudah difahami bagi memastikan kesemua peserta memahaminya secara optimum. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri seni halus tangan ini. Akademi2u tidak begitu rigid dengan teori pembelajaran. Adapun, kami lebih mengambil kira konsep praktikal dalam segenap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran sentiasa dijaga, kesemua modul telah diseragamkan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan paparan video yang jelas dan menarik. Setiap segmen video telah dibahagikan mengikut modul bagi memudahkan peserta menerima kesemua input modul dengan lebih berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Adapun, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar sekiranya audio yang dimuatkan di dalam video tidak berkualiti. Justeru, dalam memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan-bahan mengajar untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap peserta boleh mendownload bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan tahun 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan peserta di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Mata ganjaran ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah wujudkan produk bonus yang hanya boleh ditebus milik secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak dikeluarkan lagi di dalam mana-mana topik tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Oleh yang demikian, bagi memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, melakukan perbincangan, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, makin banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus menjahit manik tidak akan sempurna tanpa memberikan sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang terdapat di dalam kursus menjahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk portfolio anda. Pastinya anda akan berjaya menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus menjahit manik yang bermutu untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus tangan ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk melakukan kajian tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Menjahit Manik di Yan Kedah