Daftar Kursus Menjahit Manik Di Sungai Petani

Daftar Kursus Menjahit Manik Di Sungai Petani

 

 

Adakah anda ingin mencari kursus menjahit manik berhampiran kawasan kediaman anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus menjahit manik berhampiran anda? Adakah anda mahu mendaftar kursus menjahit manik untuk persediaan untuk menambah skill anda? Atau adakah anda mahu mengikuti kursus menjahit manik di tempat anda kerana berminat dengan dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman menerusi dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus menjahit manik secara online buat anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli yang mendaftar dan belajar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap hari tanpa mengira masa.

Adapun, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Malah, bermula daripada 2017, kami telah memasukkan lebih banyak topik secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengambil kira permintaan dan sumbang saran para pelajar kami.

Justeru, anda bukan sahaja mampu mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga mampu mengutarakan cadangan topik yang mahu anda pelajari.

 

 

Khidmat Kursus Menjahit Manik.

Matlamat kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus menjahit manik yang terbaik dan berkualiti untuk memenuhi kemahuan anda. Kami memperkenalkan pelbagai modul kursus menjahit manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun kurikulum kursus menjahit manik telah dibahagikan mengikut tahap kemahiran setiap pelajar bermula dari tahap kemahiran pemula hingga ke tahap kemahiran penyulam berpengalaman. Adapun, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk anda memulakan diskusi berkaitan dengan tajuk yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia menolong menyelesaikan kebuntuan untuk setiap pertanyaan anda.

Akademi2u sentiasa prihatin dalam membina perhubungan yang professional dengan pelajar kami biarpun selepas selesai mengikuti kursus menjahit manik dengan kami. Ini amat bersesuaian dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong pelajar kami untuk lebih berjaya dalam dunia seni kerajinan tangan ini.

Tidak kira, walaupun anda ingin mengikuti kursus menjahit manik hanya memenuhi masa sanggang atau sebagai proses menjadi usahawan, Akademi2u adalah saluran yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari sulam manik biarpun tanpa perlu menhadiri kursus menjahit manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan gajet atau PC sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua tempat tinggal anda.

Namun, sekiranya anda mahu mengikuti kursus menjahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah menjadi bebanan anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat bermacam-macam kursus menjahit manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus menjahit manik secara private coaching tanpa ada pelajar lain. Dalam erti kata lain, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara perseorangan. Sesi kursus menjahit manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jika jarak lokasi atau masa merupakan satu kesulitan buat anda untuk mempelajari seni kemahiran kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang sesuai. Anda berupaya mempelajari apa jua topik seni kerajinan tangan yang dimuatkan di sini secara online walau di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Menjahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang mempunyai banyak pengalaman dalam sektor ini untuk memastikan setiap modul yang telah dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran semasa. Kami percaya, pengalaman adalah guru yang paling berkesan. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Disebabkan itu terdapat segmen tip dan rahsia yang diselitkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen rahsia dan tip ini diketengahkan dengan harapan pelajar tidak melakukan kesilapan dan kesalahan yang bakal dilakukan semasa mempraktikkan teknik yang dipelajarinya.

Malah setiap modul pembelajaran telah disusun atur dengan langkah yang mudah diikuti bagi memastikan setiap pelajar memahaminya secara optimum. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan tangan ini. Pihak kami tidak begitu rigid dengan teori pembelajaran. Akan tetapi, kami menitikberatkan konsep praktikal dalam segenap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran terjaga, kesemua modul telah diseragamkan dalam bentuk video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan berkualiti. Kesemua segmen video telah dibahagikan berpandukan pecahan modul bagi menyenangkan pelajar menerima kesemua info dengan baik.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Adapun, paparan video yang menarik akan menjadi hambar sekiranya audio yang dimuatkan di dalam video tidak berkualiti. Jadi, bagi memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan sisipan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap pelajar boleh memuat turun bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan tahun 2018. Gamification boleh diertikan sebagai proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti anda di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah berikan produk bonus yang hanya boleh ditebus milik secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak dikeluarkan lagi di dalam mana-mana topik tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Oleh yang demikian, untuk menebus produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, berdiskusi, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin bertambah mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus menjahit manik tidak akan lengkap tanpa memberikan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang dimuatkan di dalam kursus menjahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda mampu menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus menjahit manik yang terbaik untuk anda mempelajari dan menguasai kemahiran ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa dan waktu untuk meninjau tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Menjahit Manik di Sungai Petani Kedah