Profile

Daftar Kursus Menjahit Manik Di Sik

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus menjahit manik di sekitar kediaman anda? Adakah anda mahu belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus menjahit manik berhampiran anda? Adakah anda mahu mengikuti kursus menjahit manik sebagai persediaan untuk menambah nilai kemahiran anda? Atau adakah anda mahu mengikuti kursus menjahit manik di kawasan anda kerana ingin berjinak-jinak dalam dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus menjahit manik secara atas talian kepada anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar berdaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa setiap waktu tanpa mengira masa.

Tidak cukup dengan itu, Akademi2u juga telah menjadi rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Jadi, bermula daripada tahun tersebut, kami telah memberikan lebih banyak topik secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini dimuatkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa berdasarkan permintaan dan sumbang saran para peserta kami.

Oleh yang demikian, anda tidak sahaja boleh mempelajari pelbagai seni kerajinan tangan bersama kami, akan tetapi anda juga mampu mengutarakan sumbang saran topik yang mahu anda ketahui.

 

 

Khidmat Kursus Menjahit Manik.

Tujuan kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus menjahit manik yang berkualiti dan professional untuk memenuhi kehendak anda. Kami menawarkan aneka modul kursus menjahit manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Kesemua modul kursus menjahit manik telah dicerakinkan mengikut level setiap pelajar bermula dari level pemula hingga ke level penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk setiap ahli berdaftar memulakan diskusi berkaitan dengan tajuk yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Akademi2u sentiasa komited dalam membina perhubungan yang professional dengan pelajar kami sungguhpun selepas menyempurnakan sesi kursus menjahit manik bersama kami. Ini amat bertepatan dengan konsep kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu pelajar kami untuk lebih sukses dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, samada anda berhasrat mengikuti kursus menjahit manik hanya sebagai hobi atau untuk memantapkan kemahiran anda, Akademi2u adalah wadah yang terbaik. Ini berikutan anda boleh mempelajari jahit manik biarpun tanpa perlu menghadirkan diri kursus menjahit manik secara fizikal. Hanya di hujung jari sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua lokasi anda.

Namun, sekiranya anda mahu mendaftar kursus menjahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah menjadi bebanan anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di Akademi Sulaman Sri Classic, terdapat aneka kursus menjahit manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus menjahit manik secara one to one basis tanpa ada peserta lain. Maksudnya, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus menjahit manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jika jarak lokasi atau masa merupakan kekangan anda untuk mempelajari seni kerajinan tangan ini, maka sesi pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang terbaik. Anda mampu mengikuti apa jua topik seni kerajinan tangan yang dipaparkan di sini secara atas talian walau di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Menjahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang mempunyai banyak pengalaman dalam sektor ini untuk memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran semasa. Kami percaya, pengalaman adalah pendidik yang paling berkesan. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri seni halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak boleh dijual beli.

Oleh itu terdapat segmen rahsia dan tip yang dimasukkan dalam setiap modul untuk memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada peserta. Segmen tip dan rahsia ini diketengahkan supaya peserta tidak melakukan kesilapan dan kesalahan yang bakal dilakukan semasa mempraktikkan teknik yang sedang dipelajarinya.

Malah semua modul pembelajaran telah disusun atur dengan step yang mudah diikuti bagi memastikan kesemua peserta memahaminya secara optimum. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri seni halus tangan ini. Akademi2u tidak begitu rigid dengan teori pembelajaran. Akan tetapi, kami lebih mengambil pakai konsep praktikal dalam kesemua sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran sentiasa dijaga, kesemua modul telah dibangunkan dalam bentuk video. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan paparan video yang jelas dan menarik. Kesemua segmen video telah dipecahkan berdasarkan modul bagi memudahkan peserta menerima kesemua info dengan berkesan.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Percaya atau tidak, paparan video yang menarik akan menjadi hambar jika audio yang dimuatkan di dalam video adalah tidak jelas. Justeru, bagi memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan sisipan pembelajaran untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap peserta boleh memuat turun bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan 2018. Gamification boleh diertikan sebagai proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan anda di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Mata ganjaran ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah berikan produk bonus yang hanya boleh ditebus secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak dikeluarkan lagi di dalam mana-mana topik tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Justeru, untuk mendapatkan produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, berbincang, menghabiskan topik tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, lagi banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus menjahit manik tidak akan sempurna tanpa memberikan sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang terdapat di dalam kursus menjahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda dapat menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus menjahit manik yang terbaik untuk anda menguasai dan mempelajari seni kerajinan ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa dan waktu untuk melakukan kajian tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Menjahit Manik di Sik Kedah