Profile

Daftar Kursus Menjahit Manik Di Pendang

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus menjahit manik di berdekatan kediaman anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus menjahit manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mendaftar kursus menjahit manik sebagai persediaan untuk menambah skill anda? Atau adakah anda ingin mendaftar kursus menjahit manik di kawasan kediaman anda kerana meminati dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman menerusi dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus menjahit manik secara online kepada anda. Kami mempunyai lebih 3587 peserta yang mendaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap hari tidak mengira masa.

Adapun, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Malah, bermula daripada tahun tersebut, kami telah memasukkan lebih banyak topik secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut permintaan dan idea para peserta kami.

Justeru, anda tidak sahaja mampu mempelajari pelbagai seni kerajinan tangan bersama kami, akan tetapi anda juga mampu memberikan idea tajuk yang ingin anda ikuti.

 

 

Khidmat Kursus Menjahit Manik.

Tujuan kami adalah untuk menyediakan servis kursus menjahit manik yang berkualiti dan professional untuk memenuhi kehendak anda. Kami menyediakan aneka modul kursus menjahit manik bermula dari segmen manik untuk pemula, segmen manik pertengahan, segmen manik advance, segmen manik crumble serta segmen manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Kesemua segmen kursus menjahit manik telah dicerakinkan mengikut tahap setiap peserta bermula dari tahap pemula hingga ke tahap penyulam berpengalaman. Adapun, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk anda memulakan perbincangan berkaitan dengan kemahiran yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap kemusykilan anda.

Akademi2u sentiasa prihatin dalam membina perhubungan yang professional dengan peserta kami walaupun selepas tamat mengikuti kursus menjahit manik dengan kami. Ini amat relevan dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong peserta kami untuk lebih sukses dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, samada anda mahu mengikuti kursus menjahit manik hanya untuk suka-suka atau sebagai proses menjadi usahawan, Akademi2u adalah platform yang terbaik. Ini berikutan anda boleh mempelajari sulam manik biarpun tanpa perlu mengikuti kursus menjahit manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan internet sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua lokasi kediaman anda.

Akan tetapi, jika anda hendak mendaftar kursus menjahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah merupakan penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di akademi tersebut, terdapat pelbagai kursus menjahit manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus menjahit manik secara orang perseorangan tanpa ada peserta lain. Maksudnya, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus menjahit manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Sekiranya jarak lokasi atau masa merupakan satu bebanan anda untuk mempelajari seni kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang sesuai. Anda boleh mendaftar diri apa jua topik seni kerajinan tangan yang dipaparkan di sini secara online walau di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Menjahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan pengajar yang mempunyai banyak pengalaman dalam sektor ini untuk memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran semasa. Kami amat yakin, pengalaman adalah pendidik yang paling berkesan. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri seni halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak boleh dijual beli.

Sebab itu terdapat modul tip dan rahsia yang diselitkan dalam setiap modul untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen rahsia dan tip ini diketengahkan dengan harapan pelajar tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang bakal dilakukan ketika mempraktikkan teknik yang telah dipelajarinya.

Malah semua modul pembelajaran telah diatur dengan step yang mudah difahami bagi memastikan kesemua pelajar memahaminya secara total. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri seni halus tangan ini. Akademi2u tidak utamakan teori pembelajaran. Adapun, kami terapkan konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran dijaga, kesemua modul telah diselaraskan dalam bentuk video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan berkualiti. Kesemua segmen video telah dibahagikan mengikut modul bagi memudahkan pelajar menerima kesemua info dengan berkesan.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Percaya atau tidak, paparan video yang cantik akan menjadi hambar sekiranya audio yang dimuatkan di dalam video adalah tidak jelas. Jadi, untuk memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap peserta boleh mendownload bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan 2018. Gamification membawa erti proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti peserta di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah sediakan produk bonus yang hanya boleh didapatkan secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Jadi, untuk menebus produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, berdiskusi, menyempurnakan tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, makin banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus menjahit manik tidak akan lengkap tanpa menganugerahkan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menghabiskan kesemua modul yang disediakan di dalam kursus menjahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk referens skill anda. Pastinya anda mampu menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan servis kursus menjahit manik yang bermutu untuk anda mempelajari dan menguasai kemahiran ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk mempelajari tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Menjahit Manik di Pendang Kedah