Daftar Kursus Menjahit Manik Di Langkawi

Daftar Kursus Menjahit Manik Di Langkawi

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus menjahit manik di sekitar kawasan kediaman anda? Adakah anda mahu belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus menjahit manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mendaftar kursus menjahit manik sebagai persediaan untuk menjana pendapatan anda? Atau adakah anda ingin mengikuti kursus menjahit manik di kediaman anda kerana meminati dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus menjahit manik secara online buat anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar berdaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa setiap hari tanpa mengira masa.

Tidak cukup dengan itu, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Justeru, bermula daripada 2017, kami telah menawarkan lebih banyak tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini ditambahkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa mengambil kira cadangan dan permintaan para pelajar kami.

Oleh itu, anda tidak sahaja mampu mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, akan tetapi anda juga boleh mengutarakan sumbang saran tajuk yang ingin anda dalami.

 

 

Khidmat Kursus Menjahit Manik.

Tujuan kami adalah untuk memberikan servis kursus menjahit manik yang berkualiti dan professional untuk memenuhi kehendak anda. Kami membina pelbagai modul kursus menjahit manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun kurikulum kursus menjahit manik telah dibahagikan mengikut tahap kemahiran setiap ahli bermula dari tahap kemahiran pemula hingga ke tahap kemahiran penyulam berpengalaman. Malah, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk anda memulakan diskusi berkaitan dengan topik yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa prihatin dalam membina perhubungan jangka panjang dengan ahli kami biarpun selepas tamat mengikuti kursus menjahit manik dengan kami. Ini amat relevan dengan konsep kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong ahli kami untuk lebih berjaya dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, walaupun anda berhasrat mengikuti kursus menjahit manik hanya sekadar hobi atau sebagai proses menjadi usahawan, Akademi2u adalah wadah yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari sulam manik biarpun tanpa perlu menghadirkan diri kursus menjahit manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan internet sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua lokasi kawasan anda.

Adapun, jika anda ingin mendaftar kursus menjahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah satu kekangan kepada anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di Akademi Sulaman Sri Classic, terdapat pelbagai kursus menjahit manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus menjahit manik secara orang perseorangan tanpa ada pelajar lain. Dalam erti kata lain, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus menjahit manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jikalau jarak lokasi atau kesibukan masa merupakan kekangan anda untuk mempelajari seni kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang paling tepat. Anda boleh mempelajari apa jua tutorial seni kerajinan tangan yang disediakan di sini secara online tidak kira di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Menjahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan pengajar berpengalaman dalam sektor ini bagi memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami amat yakin, pengalaman adalah pendidik yang terbaik. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak dapat dijual beli.

Oleh itu terdapat segmen rahsia dan tip yang dimasukkan dalam setiap modul untuk memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada peserta. Segmen tip dan rahsia ini diketengahkan agar peserta tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang bakal dilakukan sewaktu mempraktikkan teknik yang telah dipelajarinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah disusun atur dengan langkah yang mudah diikuti bagi memastikan setiap peserta memahaminya seratus peratus. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan tangan ini. Pihak Akademi2u tidak begitu rigid dengan teori pembelajaran. Akan tetapi, kami menitikberatkan konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran terjaga, kesemua modul telah diseragamkan dalam bentuk video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan paparan video yang jelas dan berkualiti. Setiap segmen video telah dibahagikan mengikut modul bagi menyenangkan peserta menerima kesemua info dengan berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang menarik akan menjadi hambar jika audio yang dimuatkan di dalam video adalah tidak jelas. Justeru, untuk memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan-bahan mengajar untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap pelajar boleh memuat turun bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan pelajar di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah tambahkan produk bonus yang hanya boleh didapatkan secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak diterbitkan di dalam mana-mana tajuk tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Oleh yang demikian, untuk memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, berbincang, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, lagi banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus menjahit manik tidak akan lengkap tanpa memberikan sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menghabiskan kesemua modul yang dimuatkan di dalam kursus menjahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk portfolio anda. Pastinya anda berupaya menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan servis kursus menjahit manik yang terbaik untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus tangan ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa dan waktu untuk mengetahui tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Menjahit Manik di Langkawi Kedah