Daftar Kursus Menjahit Manik Di Kulim

Daftar Kursus Menjahit Manik Di Kulim

 

 

Adakah anda ingin mencari kursus menjahit manik di berdekatan kediaman anda? Adakah anda mahu belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus menjahit manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mendaftar kursus menjahit manik sebagai persediaan untuk menjadi usahawan? Atau adakah anda ingin mendaftar kursus menjahit manik di kediaman anda kerana meminati dunia seni kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam dunia seni kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus menjahit manik secara atas talian buat anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar yang mendaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini telah bertambah dari semasa ke semasa setiap hari tanpa mengira masa.

Adapun, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Justeru, bermula daripada 2017, kami telah mengadakan lebih banyak tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimuatkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut sumbang saran dan permintaan para peserta kami.

Oleh yang demikian, anda tidak sahaja dapat mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga boleh memberikan idea topik yang ingin anda ketahui.

 

 

Khidmat Kursus Menjahit Manik.

Tujuan kami adalah untuk memberikan servis kursus menjahit manik yang terbaik dan berkualiti untuk memenuhi kehendak anda. Kami memperkenalkan pelbagai modul kursus menjahit manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun kesemua kurikulum kursus menjahit manik telah dibahagikan mengikut tahap setiap ahli bermula dari tahap pemula hingga ke tahap penyulam berpengalaman. Malah, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk setiap ahli berdaftar memulakan perbincangan berkaitan dengan kemahiran yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia menolong menyelesaikan kebuntuan untuk setiap kemusykilan anda.

Akademi2u sentiasa komited dalam membina perhubungan yang professional dengan ahli kami biarpun selepas menghabiskan modul kursus menjahit manik bersama kami. Ini amat relevan dengan pegangan kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong ahli kami untuk lebih berjaya dalam dunia seni halus tangan ini.

Tidak kira, walaupun anda mahu mengikuti kursus menjahit manik hanya sekadar memenuhi masa lapang atau sebagai proses menjadi usahawan, Akademi2u adalah saluran yang terbaik. Ini berikutan anda boleh mempelajari manik biarpun tanpa perlu mengikuti kursus menjahit manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan talian internet sahaja, anda sudah dapat mempelajarinya walau di mana jua lokasi kediaman anda.

Akan tetapi, jika anda ingin mengikuti kursus menjahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah satu kekangan kepada anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di Akademi Sulaman Sri Classic, terdapat bermacam-macam kursus menjahit manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus menjahit manik secara private coaching tanpa ada peserta lain. Maksudnya, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara perseorangan. Sesi kursus menjahit manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Sekiranya jarak lokasi atau kesibukan masa merupakan satu bebanan anda untuk mempelajari seni kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang terbaik. Anda boleh mempelajari apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang dipaparkan di sini secara atas talian tidak kira di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Menjahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan pengajar yang berpengalaman dalam industri ini untuk memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran semasa. Kami amat yakin, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mampu untuk dijual beli.

Rentetan daripada itu terdapat segmen tip dan rahsia yang diselitkan dalam setiap modul untuk menolong memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada peserta. Segmen rahsia dan tip ini diperkenalkan supaya peserta tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang bakal dibuat ketika mempraktikkan teknik yang dipelajarinya.

Malah semua modul pembelajaran telah disusun dengan step yang mudah difahami bagi memastikan setiap peserta memahaminya secara optimum. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan tangan ini. Kami tidak utamakan teori pembelajaran. Adapun sebaliknya, kami terapkan konsep praktikal dalam segenap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran sentiasa dijaga, kesemua modul telah dibangunkan dalam bentuk video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan paparan video yang jelas dan menarik. Setiap segmen video telah dipecahkan mengikut modul bagi memudahkan peserta menerima kesemua maklumat dengan baik.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar jikalau audio yang dimasukkan di dalam video tidak berkualiti. Justeru, untuk memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap peserta boleh mendownload bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti peserta di dalam platform akan diberikan point.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah masukkan produk bonus yang hanya boleh ditebus secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak diterbitkan di mana-mana topik tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Oleh yang demikian, bagi memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif, berdiskusi, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, makin banyak point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus menjahit manik tidak akan lengkap tanpa pemberian sijil tamat kepada para peserta. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang terdapat di dalam kursus menjahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk portfolio anda. Pastinya anda dapat menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan servis kursus menjahit manik yang terbaik untuk anda mempelajari dan menguasai seni halus ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu untuk mempelajari tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Menjahit Manik di Kulim Kedah