Profile

Daftar Kursus Menjahit Manik Di Kuala Nerang

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus menjahit manik di berdekatan kawasan kediaman anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana tempat kursus menjahit manik berhampiran anda? Adakah anda mahu mendaftar kursus menjahit manik untuk persediaan untuk menambah nilai kemahiran anda? Atau adakah anda mahu mendaftar kursus menjahit manik di tempat anda kerana ingin berjinak-jinak dalam dunia seni kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia seni kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus menjahit manik secara online untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli berdaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini telah bertambah dari semasa ke semasa setiap hari tidak mengira masa.

Untuk pengetahuan anda, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Jadi, bermula daripada tahun tersebut, kami telah menawarkan lebih banyak tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam platform Akademi2u dari semasa ke semasa mengambil kira permintaan dan cadangan para pelajar kami.

Oleh yang demikian, anda bukan sahaja boleh mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga boleh mengutarakan idea topik yang mahu anda ikuti.

 

 

Khidmat Kursus Menjahit Manik.

Matlamat kami adalah untuk memberikan khidmat kursus menjahit manik yang berkualiti dan terbaik untuk memenuhi kemahuan anda. Kami memperkenalkan pelbagai modul kursus menjahit manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Untuk pengetahuan anda, kesemua modul kursus menjahit manik telah dipecahkan mengikut tahap kemahiran setiap pelajar bermula dari tahap kemahiran pemula hingga ke tahap kemahiran penyulam berpengalaman. Adapun, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk peserta memulakan perbincangan berkaitan dengan tajuk yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa prihatin dalam membina perhubungan yang professional dengan pelajar kami sungguhpun selepas menghabiskan modul kursus menjahit manik bersama kami. Ini bertepatan dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu pelajar kami untuk lebih berjaya dalam dunia seni halus tangan ini.

Tidak kira, walaupun anda mahu mengikuti kursus menjahit manik hanya sekadar memenuhi masa lapang atau untuk memantapkan kemahiran anda, Akademi2u adalah saluran yang terbaik. Ini disebabkan anda boleh mempelajari jahit manik biarpun tanpa perlu mengikuti kursus menjahit manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan gajet atau PC sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua lokasi anda.

Namun, jika anda mahu mengikuti kursus menjahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di Akademi Sulaman Sri Classic, terdapat aneka kursus menjahit manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus menjahit manik secara private coaching tanpa ada pelajar lain. Dalam erti kata lain, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara perseorangan. Sesi kursus menjahit manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Sekiranya jarak lokasi atau masa merupakan bebanan anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka sesi pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang paling tepat. Anda boleh mengikuti apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang dipaparkan di sini secara online walau di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Menjahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang bertahun-tahun berpengalaman dalam sektor ini bagi memastikan setiap modul yang telah dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran semasa. Kami percaya, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak dapat dijual beli.

Oleh itu terdapat segmen rahsia dan tip yang diselitkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen rahsia dan tip ini diperkenalkan mudah-mudahan pelajar tidak melakukan kesilapan dan kesalahan yang bakal dibuat ketika mana mempraktikkan teknik yang sedang dipelajarinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah disusun dengan langkah yang mudah diikuti bagi memastikan kesemua pelajar memahaminya seratus peratus. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Akademi2u tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Adapun sebaliknya, kami terapkan konsep praktikal dalam kesemua sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran dijaga, kesemua modul telah dipersembahkan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan berkualiti. Kesemua segmen video telah dibahagikan berpandukan pecahan modul bagi menyenangkan pelajar menerima kesemua info dengan berkesan.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar sekiranya audio yang dimuatkan di dalam video adalah tidak jelas. Jadi, bagi memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap pelajar boleh memuat turun bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan 2018. Gamification membawa maksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan peserta di dalam platform akan diberikan point.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah tambahkan produk bonus yang hanya boleh ditebus secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak dikeluarkan lagi di dalam mana-mana topik tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Oleh yang demikian, bagi mendapatkan produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, berbincang, menyempurnakan tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, lagi bertambah point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus menjahit manik tidak akan sempurna tanpa memberikan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang disediakan di dalam kursus menjahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk referens skill anda. Pastinya anda berupaya menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus menjahit manik yang bermutu untuk anda mempelajari dan menguasai seni halus ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa dan waktu untuk mempelajari tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Menjahit Manik di Kuala Nerang Kedah