Daftar Kursus Menjahit Manik Di Jitra

Daftar Kursus Menjahit Manik Di Jitra

 

 

Adakah anda ingin mencari kursus menjahit manik berhampiran kawasan kediaman anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus menjahit manik berhampiran anda? Adakah anda mahu memasuki kursus menjahit manik sebagai persediaan untuk menambah nilai kemahiran anda? Atau adakah anda mahu mengikuti kursus menjahit manik di tempat anda kerana ingin berjinak-jinak dalam dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus menjahit manik secara atas talian khas untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 peserta yang mendaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini telah bertambah dari semasa ke semasa setiap waktu tanpa mengira masa.

Untuk makluman, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Untuk itu, bermula daripada tahun tersebut, kami telah memberikan lebih banyak topik secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut idea dan permintaan para peserta kami.

Oleh itu, anda bukan sahaja boleh mempelajari bermacam-macam seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga mampu mengutarakan sumbang saran tajuk yang mahu anda pelajari.

 

 

Khidmat Kursus Menjahit Manik.

Matlamat kami adalah untuk memberikan servis kursus menjahit manik yang berkualiti dan professional untuk memenuhi kehendak anda. Kami menawarkan pelbagai modul kursus menjahit manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Untuk pengetahuan anda, kesemua modul kursus menjahit manik telah dipecahkan mengikut level setiap peserta bermula dari level pemula hingga ke level penyulam berpengalaman. Adapun, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk anda memulakan perbincangan berkaitan dengan tajuk yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap kemusykilan anda.

Akademi2u sentiasa prihatin dalam membina perhubungan jangka panjang dengan peserta kami biarpun selepas menyempurnakan sesi kursus menjahit manik bersama kami. Ini amat bertepatan dengan konsep kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong peserta kami untuk lebih berjaya dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda hendak mengikuti kursus menjahit manik hanya memenuhi masa sanggang atau untuk pengetahuan, Akademi2u adalah sumber yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari sulaman manik biarpun tanpa menghadiri kursus menjahit manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan talian internet sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua lokasi kediaman anda.

Namun, jika anda mahu mengikuti kursus menjahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat bermacam-macam kursus menjahit manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus menjahit manik secara one to one basis tanpa ada peserta lain. Maksudnya, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus menjahit manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Sekiranya jarak lokasi atau waktu merupakan bebanan anda untuk mempelajari seni kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang tepat. Anda mampu mengikuti apa jua tutorial seni kerajinan tangan yang disediakan di sini secara atas talian walau di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Menjahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan pengajar berpengalaman dalam industri ini bagi memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami yakin, pengalaman adalah pendidik yang paling berkesan. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Rentetan daripada itu terdapat modul tip dan rahsia yang diselitkan dalam setiap modul untuk memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen rahsia dan tip ini diperkenalkan mudah-mudahan pelajar tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang bakal dilakukan ketika mana mempraktikkan teknik yang dipelajarinya.

Malah setiap modul pembelajaran telah disusun atur dengan langkah yang mudah diikuti bagi memastikan kesemua pelajar memahaminya seratus peratus. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Akademi2u tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Adapun sebaliknya, kami lebih mengambil pakai konsep praktikal dalam segenap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran dijaga, kesemua modul telah dibangunkan dalam bentuk video. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan menarik. Kesemua segmen video telah dibahagikan berpandukan pecahan modul bagi memudahkan pelajar menerima kesemua info dengan lebih berkesan.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Adapun, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar jikalau audio yang dimasukkan di dalam video tidak berkualiti. Jadi, bagi memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan-bahan mengajar untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap peserta boleh memuat turun bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan tahun 2018. Gamification boleh diertikan sebagai proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan pelajar di dalam platform akan diberikan point.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah berikan produk bonus yang hanya boleh didapatkan secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak diterbitkan di mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Jadi, bagi menebus produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, berbincang, menghabiskan topik tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin bertambah point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus menjahit manik tidak akan sempurna tanpa menganugerahkan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menamatkan dengan sempurna kesemua modul yang terdapat di dalam kursus menjahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk referens skill anda. Pastinya anda mampu menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan servis kursus menjahit manik yang terbaik untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus tangan ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk meninjau tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Menjahit Manik di Jitra Kedah