Profile

Daftar Kursus Menjahit Manik Di Baling

 

 

Adakah anda mencari kursus menjahit manik di berdekatan kawasan anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus menjahit manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mengikuti kursus menjahit manik untuk persediaan untuk menambah nilai kemahiran anda? Atau adakah anda ingin mendaftar kursus menjahit manik di tempat anda kerana meminati dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus menjahit manik secara atas talian buat anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar yang mendaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini telah bertambah dari semasa ke semasa setiap waktu tanpa mengira masa.

Malah, Akademi2u juga telah menjadi rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Malah, bermula daripada tahun 2017, kami telah menawarkan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa berdasarkan kehendak dan sumbang saran para peserta kami.

Oleh yang demikian, anda tidak sahaja dapat mempelajari apa jua seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga boleh memberikan sumbang saran tajuk yang ingin anda pelajari.

 

 

Khidmat Kursus Menjahit Manik.

Tujuan kami adalah untuk menyediakan servis kursus menjahit manik yang professional dan berkualiti untuk memenuhi kehendak anda. Kami memperkenalkan aneka modul kursus menjahit manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun kesemua kurikulum kursus menjahit manik telah dibahagikan mengikut level kemahiran setiap ahli bermula dari level kemahiran pemula hingga ke level kemahiran penyulam berpengalaman. Malah, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk peserta memulakan diskusi berkaitan dengan topik yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap kemusykilan anda.

Kami sentiasa prihatin dalam membina perhubungan jangka panjang dengan ahli kami biarpun selepas tamat mengikuti kursus menjahit manik dengan kami. Ini amat bertepatan dengan konsep kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong ahli kami untuk berjaya dalam dunia seni halus tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda berhasrat mengikuti kursus menjahit manik hanya memenuhi masa sanggang atau sebagai proses menjadi usahawan, Akademi2u adalah wadah yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari jahitan manik biarpun tanpa perlu menhadiri kursus menjahit manik secara fizikal. Hanya di hujung jari sahaja, anda sudah dapat mempelajarinya walau di mana jua lokasi anda.

Sebaliknya, sekiranya anda ingin mendaftar kursus menjahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di akademi tersebut, terdapat pelbagai kursus menjahit manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus menjahit manik secara orang perseorangan tanpa ada peserta lain. Dalam erti kata lain, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara persendirian. Sesi kursus menjahit manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Sekiranya jarak lokasi atau masa merupakan satu penghalang kepada anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang sesuai. Anda boleh mempelajari apa jua tutorial seni kerajinan tangan yang disediakan di sini secara atas talian tidak kira di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Menjahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang bertahun-tahun berpengalaman dalam sektor ini untuk memastikan setiap modul yang telah dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran semasa. Kami amat yakin, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mampu untuk dijual beli.

Rentetan daripada itu terdapat segmen tip dan rahsia yang dimasukkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada peserta. Segmen tip dan rahsia ini diketengahkan agar peserta tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang bakal dilakukan ketika mana mempraktikkan teknik yang telah dipelajarinya.

Malah setiap modul pembelajaran telah disusun atur dengan step yang mudah difahami bagi memastikan kesemua peserta memahaminya seratus peratus. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan tangan ini. Pihak kami tidak begitu rigid dengan teori pembelajaran. Akan tetapi, kami terapkan konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Peserta Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran terjaga, kesemua modul telah diselaraskan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan paparan video yang jelas dan menarik. Kesemua segmen video telah dipecahkan berdasarkan modul bagi memudahkan peserta menerima kesemua input modul dengan baik.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Adapun, paparan video yang menarik akan menjadi hambar jikalau audio yang dimasukkan di dalam video tidak berkualiti. Justeru, untuk memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan-bahan mengajar untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap peserta boleh memuat turun bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan tahun 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti anda di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah masukkan produk bonus yang hanya boleh ditebus secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di dalam mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Oleh yang demikian, untuk mendapatkan produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, melakukan perbincangan, menyempurnakan tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus menjahit manik tidak akan sempurna tanpa menganugerahkan sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang disediakan di dalam kursus menjahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda berupaya menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan servis kursus menjahit manik yang bermutu untuk anda mempelajari dan menguasai kemahiran ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk melakukan kajian tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Menjahit Manik di Baling Kedah