Profile

Daftar Kursus Menjahit Manik Di Alor Setar

 

 

Adakah anda mencari kursus menjahit manik di berdekatan kediaman anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana tempat kursus menjahit manik berhampiran anda? Adakah anda ingin memasuki kursus menjahit manik untuk persediaan untuk menjana pendapatan anda? Atau adakah anda ingin mengikuti kursus menjahit manik di kawasan kediaman anda kerana ingin berjinak-jinak dalam dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman menerusi dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus menjahit manik secara atas talian kepada anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli yang mendaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa setiap hari tidak mengira masa.

Malah, Akademi2u juga telah menjadi rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Justeru, bermula daripada tahun 2017, kami telah mengadakan lebih banyak topik secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini ditambahkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa berdasarkan permintaan dan cadangan para pelajar kami.

Oleh itu, anda tidak sahaja mampu mempelajari pelbagai seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga mampu mengutarakan sumbang saran tajuk yang ingin anda pelajari.

 

 

Khidmat Kursus Menjahit Manik.

Tujuan kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus menjahit manik yang berkualiti dan terbaik untuk memenuhi kemahuan anda. Kami menawarkan aneka modul kursus menjahit manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun modul kursus menjahit manik telah dibahagikan mengikut tahap setiap ahli bermula dari tahap pemula hingga ke tahap penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk peserta memulakan diskusi berkaitan dengan tajuk yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan ahli kami sungguhpun selepas menyempurnakan sesi kursus menjahit manik dengan kami. Ini amat bertepatan dengan konsep kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu ahli kami untuk berjaya dalam dunia kerajinan tangan ini.

Tidak kira, walaupun anda hendak mengikuti kursus menjahit manik hanya sekadar memenuhi masa lapang atau untuk memantapkan kemahiran anda, Akademi2u adalah sumber yang terbaik. Ini disebabkan anda boleh mempelajari sulam manik biarpun tanpa perlu menghadirkan diri kursus menjahit manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan gajet atau PC sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua lokasi kawasan anda.

Akan tetapi, jika anda ingin mengikuti kursus menjahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat bermacam-macam kursus menjahit manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus menjahit manik secara orang perseorangan tanpa ada pelajar lain. Maksudnya, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara persendirian. Sesi kursus menjahit manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Sekiranya jarak lokasi atau kesibukan masa merupakan kekangan anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang tepat. Anda berupaya mengikuti apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang disediakan di sini secara atas talian walau di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Menjahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan pengajar yang mempunyai banyak pengalaman dalam industri ini bagi memastikan setiap modul yang dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami amat yakin, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mampu untuk dijual beli.

Disebabkan itu terdapat segmen tip dan rahsia yang dimasukkan dalam setiap modul untuk menolong memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada peserta. Segmen tip dan rahsia ini diketengahkan dengan harapan peserta tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang bakal dibuat sewaktu mempraktikkan teknik yang telah dipelajarinya.

Malah semua modul pembelajaran telah disusun dengan langkah yang mudah diikuti bagi memastikan kesemua peserta memahaminya secara optimum. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan tangan ini. Pihak Akademi2u tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Adapun, kami menitikberatkan konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran dijaga, kesemua modul telah diselaraskan dalam bentuk video. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan menarik. Setiap segmen video telah dipecahkan berdasarkan modul bagi memudahkan peserta menerima kesemua input modul dengan berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang cantik akan menjadi hambar jika audio yang dimasukkan di dalam video tidak berkualiti. Justeru, untuk memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap pelajar boleh memuat turun bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan tahun 2018. Gamification membawa maksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti pelajar di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Mata ganjaran ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah berikan produk bonus yang hanya boleh ditebus secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak diterbitkan pada mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Oleh yang demikian, untuk memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, melakukan perbincangan, menyempurnakan tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, makin bertambah mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus menjahit manik tidak akan sempurna tanpa pemberian sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang dimuatkan di dalam kursus menjahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk referens skill anda. Pastinya anda akan dapat menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus menjahit manik yang terbaik untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus tangan ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk mengetahui tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Menjahit Manik di Alor Setar Kedah