Profile

Daftar Kursus Manik Di Yan

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus manik di sekitar kawasan kediaman anda? Adakah anda mahu belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus manik berhampiran anda? Adakah anda ingin memasuki kursus manik untuk persediaan untuk menambah nilai kemahiran anda? Atau adakah anda ingin mendaftar kursus manik di kawasan kediaman anda kerana meminati dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus manik secara online kepada anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli yang mendaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini telah bertambah dari semasa ke semasa setiap hari tanpa mengira masa.

Adapun, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Malah, bermula daripada tahun tersebut, kami telah menawarkan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut permintaan dan cadangan para pelajar kami.

Justeru, anda tidak sahaja mampu mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga boleh memberikan idea tajuk yang ingin anda dalami.

 

 

Khidmat Kursus Manik.

Tujuan kami adalah untuk memberikan khidmat kursus manik yang terbaik dan berkualiti untuk memenuhi kehendak anda. Kami menawarkan aneka modul kursus manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun kurikulum kursus manik telah dicerakinkan mengikut tahap kemahiran setiap ahli bermula dari tahap kemahiran pemula hingga ke tahap kemahiran penyulam berpengalaman. Adapun, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk setiap ahli berdaftar memulakan perbincangan berkaitan dengan tajuk yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap kemusykilan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan ahli kami meskipun selepas selesai mengikuti kursus manik dengan kami. Ini bertepatan dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu ahli kami untuk sukses dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda hendak mengikuti kursus manik hanya sekadar hobi atau untuk memantapkan kemahiran anda, Akademi2u adalah saluran yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari manik biarpun tanpa perlu menhadiri kursus manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan talian internet sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua lokasi kediaman anda.

Sebaliknya, jika anda mahu mendaftar kursus manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah merupakan penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di Akademi Sulaman Sri Classic, terdapat bermacam-macam kursus manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus manik secara orang perseorangan tanpa ada pelajar lain. Dalam erti kata lain, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara perseorangan. Sesi kursus manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jika jarak lokasi atau masa merupakan bebanan anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka sesi pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang terbaik. Anda boleh mengikuti apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang dimuatkan di sini secara online tidak kira di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang bertahun-tahun berpengalaman dalam industri ini bagi memastikan setiap modul yang dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak semasa. Kami amat yakin, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba dalam sesuatu industri seperti industri seni halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak boleh dijual beli.

Sebab itu terdapat segmen tip dan rahsia yang dimasukkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada peserta. Segmen tip dan rahsia ini diperkenalkan agar peserta tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang bakal dibuat semasa mempraktikkan teknik yang sedang diikutinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah diatur dengan step yang mudah diikuti bagi memastikan kesemua peserta memahaminya secara total. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri seni halus tangan ini. Pihak Akademi2u tidak utamakan teori pembelajaran. Adapun sebaliknya, kami terapkan konsep praktikal dalam kesemua sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran terjaga, kesemua modul telah diseragamkan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan berkualiti. Kesemua segmen video telah dipecahkan berpandukan pecahan modul bagi menyenangkan peserta menerima kesemua maklumat dengan baik.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Adapun, paparan video yang cantik akan menjadi hambar jika audio yang dimasukkan di dalam video tidak berkualiti. Justeru, dalam memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan sisipan pembelajaran untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap pelajar boleh memuat turun bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan 2018. Gamification boleh diertikan sebagai proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti pelajar di dalam platform akan diberikan point.

Point ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah tambahkan produk bonus yang hanya boleh ditebus secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak dikeluarkan lagi pada mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Jadi, untuk mendapatkan produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, berbincang, menyempurnakan tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin bertambah point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus manik tidak akan lengkap tanpa menganugerahkan sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang disediakan di dalam kursus manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda mampu menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus manik yang bermutu untuk anda menguasai dan mempelajari seni kerajinan ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu untuk mengetahui tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Manik di Yan Kedah