Daftar Kursus Manik Di Sungai Petani

Daftar Kursus Manik Di Sungai Petani

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus manik di sekitar kawasan kediaman anda? Adakah anda mahu belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus manik berhampiran anda? Adakah anda ingin memasuki kursus manik sebagai persediaan untuk menambah skill anda? Atau adakah anda ingin mendaftar kursus manik di tempat anda kerana berminat dengan dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus manik secara atas talian khas untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar yang mendaftar dan belajar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini telah bertambah dari semasa ke semasa setiap waktu tidak mengira masa.

Malah, Akademi2u juga telah menjadi rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Jadi, bermula daripada 2017, kami telah menawarkan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini dimuatkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut cadangan dan permintaan para peserta kami.

Jadi, anda tidak sahaja boleh mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga mampu memberikan idea tajuk yang ingin anda pelajari.

 

 

Khidmat Kursus Manik.

Matlamat kami adalah untuk memberikan servis kursus manik yang berkualiti dan professional untuk memenuhi kehendak anda. Kami menawarkan pelbagai modul kursus manik bermula dari segmen manik untuk pemula, segmen manik pertengahan, segmen manik advance, segmen manik crumble serta segmen manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Kesemua segmen kursus manik telah dicerakinkan mengikut tahap setiap pelajar bermula dari tahap pemula hingga ke tahap penyulam berpengalaman. Adapun, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk setiap ahli berdaftar memulakan perbincangan berkaitan dengan tajuk yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia menolong menyelesaikan kebuntuan untuk setiap kemusykilan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan yang professional dengan pelajar kami sungguhpun selepas menghabiskan modul kursus manik bersama kami. Ini amat bersesuaian dengan konsep kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu pelajar kami untuk berjaya dalam dunia seni kerajinan tangan ini.

Tidak kira, walaupun anda berhasrat mengikuti kursus manik hanya untuk suka-suka atau untuk pengetahuan, Akademi2u adalah saluran yang terbaik. Ini berikutan anda boleh mempelajari sulam manik biarpun tanpa perlu mengikuti kursus manik secara fizikal. Hanya di hujung jari sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua tempat tinggal anda.

Adapun, sekiranya anda ingin mengikuti kursus manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah menjadi bebanan anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di akademi tersebut, terdapat aneka kursus manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus manik secara private coaching tanpa ada peserta lain. Maksudnya, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara perseorangan. Sesi kursus manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jika jarak lokasi atau masa merupakan satu penghalang kepada anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka sesi pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang terbaik. Anda boleh mendaftar diri apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang dipaparkan di sini secara atas talian tidak kira di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan guru berpengalaman dalam industri ini untuk memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak semasa. Kami amat yakin, pengalaman adalah guru yang paling berkesan. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Oleh itu terdapat modul rahsia dan tip yang dihimpunkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen tip dan rahsia ini diketengahkan dengan harapan pelajar tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang bakal dilakukan ketika mempraktikkan teknik yang telah dipelajarinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah disusun dengan langkah yang mudah diikuti bagi memastikan kesemua pelajar memahaminya seratus peratus. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Pihak Akademi2u tidak begitu rigid dengan teori pembelajaran. Sebaliknya, kami lebih mengambil pakai konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Peserta Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran dijaga, kesemua modul telah diseragamkan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan paparan video yang jelas dan berkualiti. Kesemua segmen video telah dipecahkan berpandukan pecahan modul bagi memudahkan pelajar menerima kesemua maklumat dengan baik.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang menarik akan menjadi hambar jikalau audio yang dimuatkan di dalam video adalah tidak jelas. Jadi, bagi memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan-bahan mengajar untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap peserta boleh memuat turun bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti pelajar di dalam platform akan diberikan point.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah berikan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Oleh yang demikian, untuk memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, berbincang, menyempurnakan tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin bertambah point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus manik tidak akan sempurna tanpa memberikan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menghabiskan kesemua modul yang disediakan di dalam kursus manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk portfolio anda. Pastinya anda dapat menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan servis kursus manik yang bermutu untuk anda menguasai dan mempelajari kemahiran ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk meninjau tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Manik di Sungai Petani Kedah