Daftar Kursus Manik Di Sik

Daftar Kursus Manik Di Sik

 

 

Adakah anda mencari kursus manik di sekitar kediaman anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana tempat kursus manik berhampiran anda? Adakah anda mahu mendaftar kursus manik untuk persediaan untuk menambah nilai kemahiran anda? Atau adakah anda mahu mengikuti kursus manik di kediaman anda kerana ingin berjinak-jinak dalam dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus manik secara online buat anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli yang mendaftar dan belajar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini telah bertambah dari semasa ke semasa setiap waktu tidak mengira masa.

Tidak cukup dengan itu, Akademi2u juga telah menjadi rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Justeru, bermula daripada tahun tersebut, kami telah memasukkan lebih banyak topik secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam platform Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut permintaan dan sumbang saran para pelajar kami.

Oleh itu, anda bukan sahaja dapat mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga digalakkan memberikan idea tajuk yang mahu anda pelajari.

 

 

Khidmat Kursus Manik.

Matlamat kami adalah untuk memberikan servis kursus manik yang terbaik dan berkualiti untuk memenuhi kemahuan anda. Kami memperkenalkan pelbagai modul kursus manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun kesemua modul kursus manik telah dicerakinkan mengikut level kemahiran setiap peserta bermula dari level kemahiran pemula hingga ke level kemahiran penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk anda memulakan diskusi berkaitan dengan tajuk yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan yang professional dengan peserta kami sungguhpun selepas selesai mengikuti kursus manik dengan kami. Ini amat bersesuaian dengan konsep kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu peserta kami untuk sukses dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, walaupun anda hendak mengikuti kursus manik hanya sekadar memenuhi masa lapang atau untuk memantapkan kemahiran anda, Akademi2u adalah saluran yang terbaik. Ini berikutan anda boleh mempelajari sulaman manik biarpun tanpa perlu turut serta kursus manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan internet sahaja, anda sudah dapat mempelajarinya walau di mana jua lokasi kediaman anda.

Sebaliknya, jika anda ingin mendaftar kursus manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat aneka kursus manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus manik secara one to one basis tanpa ada pelajar lain. Dalam erti kata lain, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara persendirian. Sesi kursus manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jika jarak lokasi atau waktu merupakan satu kesulitan buat anda untuk mempelajari seni kemahiran kerajinan tangan ini, maka sesi pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang tepat. Anda berupaya mempelajari apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang dipaparkan di sini secara online walau di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar berpengalaman dalam sektor ini bagi memastikan setiap modul yang telah dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak semasa. Kami yakin, pengalaman adalah pendidik yang paling berkesan. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri seni halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mampu untuk dijual beli.

Oleh itu terdapat modul rahsia dan tip yang dimasukkan dalam setiap modul untuk menolong memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada peserta. Segmen tip dan rahsia ini diperkenalkan supaya peserta tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang bakal dibuat ketika mempraktikkan teknik yang telah dipelajarinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah disusun atur dengan langkah yang mudah difahami bagi memastikan setiap peserta memahaminya secara penuh. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri seni halus tangan ini. Kami tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Sebaliknya, kami terapkan konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran terpelihara, kesemua modul telah diseragamkan dalam bentuk video. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan paparan video yang jelas dan berkualiti. Setiap segmen video telah dipecahkan mengikut modul bagi memudahkan peserta menerima kesemua info dengan baik.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Percaya atau tidak, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar jika audio yang dimuatkan di dalam video tidak berkualiti. Justeru, bagi memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap pelajar boleh mendownload bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan 2018. Gamification membawa maksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan peserta di dalam platform akan diberikan point.

Mata ganjaran ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah berikan produk bonus yang hanya boleh ditebus secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak dikeluarkan lagi pada mana-mana tajuk tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Oleh yang demikian, bagi memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, berdiskusi, menghabiskan topik tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, lagi banyak point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus manik tidak akan lengkap tanpa pemberian sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang terdapat di dalam kursus manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk referens skill anda. Pastinya anda akan berjaya menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan servis kursus manik yang bermutu untuk anda mempelajari dan menguasai seni halus ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu untuk melakukan kajian tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Manik di Sik Kedah