Daftar Kursus Manik Di Pokok Sena

Daftar Kursus Manik Di Pokok Sena

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus manik berhampiran kediaman anda? Adakah anda mahu belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mendaftar kursus manik untuk persediaan untuk menambah skill anda? Atau adakah anda ingin mengikuti kursus manik di kawasan kediaman anda kerana ingin berjinak-jinak dalam dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus manik secara online untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 peserta yang mendaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap waktu tanpa mengira masa.

Tidak cukup dengan itu, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Malah, bermula daripada tahun 2017, kami telah memberikan lebih banyak tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimuatkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengambil kira kehendak dan sumbang saran para peserta kami.

Justeru, anda bukan sahaja dapat mempelajari bermacam-macam seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga mampu melontarkan cadangan tajuk yang ingin anda ketahui.

 

 

Khidmat Kursus Manik.

Tujuan kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus manik yang berkualiti dan terbaik untuk memenuhi kehendak anda. Kami memperkenalkan aneka modul kursus manik bermula dari segmen manik untuk pemula, segmen manik pertengahan, segmen manik advance, segmen manik crumble serta segmen manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun segmen kursus manik telah dipecahkan mengikut level setiap peserta bermula dari level pemula hingga ke level penyulam berpengalaman. Malah, kami telah memperkenalkan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk setiap ahli berdaftar memulakan perbincangan berkaitan dengan topik yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Akademi2u sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan peserta kami biarpun selepas menghabiskan modul kursus manik bersama kami. Ini amat relevan dengan pegangan kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu peserta kami untuk sukses dalam dunia seni kerajinan tangan ini.

Tidak kira, samada anda mahu mengikuti kursus manik hanya sekadar untuk hobi atau untuk menimba ilmu baru, Akademi2u adalah saluran yang terbaik. Ini disebabkan anda boleh mempelajari jahitan manik biarpun tanpa perlu menghadirkan diri kursus manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan talian internet sahaja, anda sudah dapat mempelajarinya walau di mana jua tempat anda.

Sebaliknya, jika anda hendak mengikuti kursus manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah satu kekangan kepada anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat bermacam-macam kursus manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus manik secara private coaching tanpa ada peserta lain. Maksudnya, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara perseorangan. Sesi kursus manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Adapun jarak lokasi atau kesibukan masa merupakan kekangan anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang sesuai. Anda boleh mengikuti apa jua tutorial seni kerajinan halus tangan yang disediakan di sini secara online tidak kira di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan pengajar yang berpengalaman dalam sektor ini untuk memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak semasa. Kami amat yakin, pengalaman adalah pendidik yang terbaik. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Oleh itu terdapat modul tip dan rahsia yang dimasukkan dalam setiap modul untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen rahsia dan tip ini diperkenalkan dengan harapan pelajar tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang bakal dilakukan ketika mempraktikkan teknik yang sedang dipelajarinya.

Malah semua modul pembelajaran telah disusun dengan step yang mudah diikuti bagi memastikan setiap pelajar memahaminya secara menyeluruh. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Pihak kami tidak begitu rigid dengan teori pembelajaran. Adapun, kami lebih mengambil pakai konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran terpelihara, kesemua modul telah diselaraskan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan paparan video yang jelas dan berkualiti. Kesemua segmen video telah dibahagikan berdasarkan modul bagi menyenangkan pelajar menerima kesemua info dengan baik.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Adapun, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar jikalau audio yang dimasukkan di dalam video tidak berkualiti. Justeru, untuk memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan sisipan pembelajaran untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap peserta boleh mendownload bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan tahun 2018. Gamification boleh diertikan sebagai proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan pelajar di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah sediakan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak dikeluarkan lagi di mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Untuk itu, untuk mendapatkan produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, berdiskusi, menghabiskan topik tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus manik tidak akan sempurna tanpa menganugerahkan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang dimuatkan di dalam kursus manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk portfolio anda. Pastinya anda akan berjaya menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus manik yang terbaik untuk anda mempelajari dan menguasai seni halus ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengetahui tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Manik di Pokok Sena Kedah