Daftar Kursus Manik Di Pendang

Daftar Kursus Manik Di Pendang

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus manik berhampiran kediaman anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana tempat kursus manik berhampiran anda? Adakah anda mahu mendaftar kursus manik untuk persediaan untuk menambah nilai kemahiran anda? Atau adakah anda mahu mengikuti kursus manik di kawasan kediaman anda kerana berminat dengan dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman menerusi dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus manik secara online khas untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar yang mendaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa setiap waktu tanpa mengira masa.

Untuk pengetahuan anda, Akademi2u juga telah menjadi rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Malah, bermula daripada tahun tersebut, kami telah mengadakan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut sumbang saran dan permintaan para peserta kami.

Jadi, anda tidak sahaja boleh mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga digalakkan mengutarakan sumbang saran topik yang mahu anda dalami.

 

 

Khidmat Kursus Manik.

Tujuan kami adalah untuk memberikan servis kursus manik yang terbaik dan berkualiti untuk memenuhi kemahuan anda. Kami menawarkan aneka modul kursus manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Untuk pengetahuan anda, kesemua kurikulum kursus manik telah dipecahkan mengikut level setiap ahli bermula dari level pemula hingga ke level penyulam berpengalaman. Adapun, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk pelajar memulakan perbincangan berkaitan dengan topik yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia menolong menyelesaikan kebuntuan untuk setiap pertanyaan anda.

Akademi2u sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan ahli kami meskipun selepas selesai mengikuti kursus manik bersama kami. Ini sinonim dengan konsep kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu ahli kami untuk berjaya dalam dunia kerajinan tangan ini.

Tidak kira, walaupun anda berhasrat mengikuti kursus manik hanya sekadar hobi atau untuk memantapkan kemahiran anda, Akademi2u adalah platform yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari manik biarpun tanpa perlu mengikuti kursus manik secara fizikal. Hanya di hujung jari sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua anda berada.

Akan tetapi, sekiranya anda mahu mengikuti kursus manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah menjadi bebanan anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat pelbagai kursus manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus manik secara orang perseorangan tanpa ada peserta lain. Dalam erti kata lain, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara perseorangan. Sesi kursus manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jika jarak lokasi atau kesibukan masa merupakan satu bebanan anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang terbaik. Anda mampu mengikuti apa jua topik seni kerajinan tangan yang disediakan di sini secara online tidak kira di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar berpengalaman dalam sektor ini untuk memastikan setiap modul yang telah dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami percaya, pengalaman adalah guru yang paling berkesan. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mampu untuk dijual beli.

Oleh itu terdapat segmen rahsia dan tip yang dimasukkan dalam setiap modul untuk menolong memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada peserta. Segmen tip dan rahsia ini diperkenalkan dengan harapan peserta tidak melakukan kesilapan dan kesalahan yang bakal dilakukan ketika mempraktikkan teknik yang dipelajarinya.

Malah semua modul pembelajaran telah disusun atur dengan langkah yang mudah diikuti bagi memastikan setiap peserta memahaminya secara menyeluruh. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Akademi2u tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Adapun sebaliknya, kami menitikberatkan konsep praktikal dalam kesemua sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Peserta Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran dijaga, kesemua modul telah diselaraskan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan menarik. Setiap segmen video telah dipecahkan mengikut modul bagi memudahkan peserta menerima kesemua info dengan berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Percaya atau tidak, paparan video yang cantik akan menjadi hambar sekiranya audio yang dimasukkan di dalam video tidak berkualiti. Jadi, dalam memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan sisipan pembelajaran untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap peserta boleh memuat turun bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan tahun 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan anda di dalam platform akan diberikan point.

Mata ganjaran ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah sediakan produk bonus yang hanya boleh ditebus secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di mana-mana topik tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Justeru, bagi memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif, berdiskusi, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, lagi bertambah point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus manik tidak akan lengkap tanpa menganugerahkan sijil tamat kepada para peserta. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang disediakan di dalam kursus manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda berupaya menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan servis kursus manik yang bermutu untuk anda menguasai dan mempelajari kemahiran ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mempelajari tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Manik di Pendang Kedah