Daftar Kursus Manik Di Langkawi

Daftar Kursus Manik Di Langkawi

 

 

Adakah anda mencari kursus manik di berdekatan kawasan kediaman anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana tempat kursus manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mendaftar kursus manik sebagai persediaan untuk menjadi usahawan? Atau adakah anda ingin mengikuti kursus manik di kawasan kediaman anda kerana ingin berjinak-jinak dalam dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman menerusi dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus manik secara online khas untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli yang mendaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap hari tanpa mengira masa.

Untuk pengetahuan anda, Akademi2u juga telah menjadi rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Jadi, bermula daripada tahun tersebut, kami telah mengadakan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini ditambahkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut idea dan permintaan para peserta kami.

Justeru, anda bukan sahaja mampu mempelajari pelbagai seni kerajinan tangan bersama kami, akan tetapi anda juga mampu melontarkan sumbang saran topik yang ingin anda pelajari.

 

 

Khidmat Kursus Manik.

Matlamat kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus manik yang terbaik dan berkualiti untuk memenuhi kehendak anda. Kami membina aneka modul kursus manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Untuk pengetahuan anda, kesemua modul kursus manik telah dibahagikan mengikut level kemahiran setiap ahli bermula dari level kemahiran pemula hingga ke level kemahiran penyulam berpengalaman. Malah, kami telah memperkenalkan ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk pelajar memulakan perbincangan berkaitan dengan kemahiran yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia menolong menyelesaikan kebuntuan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa prihatin dalam membina perhubungan jangka panjang dengan ahli kami sungguhpun selepas menyempurnakan sesi kursus manik bersama kami. Ini amat bertepatan dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong ahli kami untuk lebih sukses dalam dunia seni kerajinan tangan ini.

Tidak kira, samada anda mahu mengikuti kursus manik hanya sebagai hobi atau untuk memantapkan kemahiran anda, Akademi2u adalah platform yang terbaik. Ini disebabkan anda boleh mempelajari jahit manik biarpun tanpa perlu mengikuti kursus manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan gajet atau PC sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua anda berada.

Adapun, sekiranya anda ingin mendaftar kursus manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah satu kekangan kepada anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di akademi tersebut, terdapat bermacam-macam kursus manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus manik secara orang perseorangan tanpa ada peserta lain. Dalam erti kata lain, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Sekiranya jarak lokasi atau waktu merupakan satu bebanan anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang paling sesuai. Anda boleh mengikuti apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang dimuatkan di sini secara online tidak kira di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang mempunyai banyak pengalaman dalam industri ini untuk memastikan setiap modul yang telah dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak semasa. Kami yakin, pengalaman adalah guru yang paling berkesan. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Rentetan daripada itu terdapat modul rahsia dan tip yang dimasukkan dalam setiap modul untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada peserta. Segmen rahsia dan tip ini diperkenalkan mudah-mudahan peserta tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang bakal dibuat ketika mana mempraktikkan teknik yang sedang diikutinya.

Malah setiap modul pembelajaran telah disusun atur dengan step yang mudah difahami bagi memastikan setiap peserta memahaminya seratus peratus. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Pihak kami tidak utamakan teori pembelajaran. Adapun sebaliknya, kami lebih mengambil pakai konsep praktikal dalam kesemua sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran terpelihara, kesemua modul telah dibangunkan dalam bentuk video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan paparan video yang jelas dan berkualiti. Kesemua segmen video telah dipecahkan berpandukan pecahan modul bagi menyenangkan peserta menerima kesemua info dengan baik.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang cantik akan menjadi hambar jikalau audio yang dimasukkan di dalam video adalah tidak jelas. Justeru, bagi memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan sisipan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap peserta boleh memuat turun bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan 2018. Gamification membawa erti proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti peserta di dalam platform akan diberikan point.

Mata ganjaran ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah masukkan produk bonus yang hanya boleh ditebus milik secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di dalam mana-mana topik tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Oleh yang demikian, untuk memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif, berdiskusi, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin bertambah point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus manik tidak akan lengkap tanpa memberikan sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menamatkan dengan sempurna kesemua modul yang terdapat di dalam kursus manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk referens skill anda. Pastinya anda berupaya menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus manik yang terbaik untuk anda mempelajari dan menguasai seni halus ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk meninjau tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Manik di Langkawi Kedah