Profile

Daftar Kursus Manik Di Kulim

 

 

Adakah anda mencari kursus manik di berdekatan kawasan anda? Adakah anda mahu belajar manik tetapi tidak tahu di mana tempat kursus manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mengikuti kursus manik sebagai persediaan untuk menambah skill anda? Atau adakah anda ingin mengikuti kursus manik di kawasan kediaman anda kerana berminat dengan dunia seni kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman menerusi dunia seni kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus manik secara online khas untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 peserta yang mendaftar dan belajar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa setiap waktu tidak mengira masa.

Tidak cukup dengan itu, Akademi2u juga telah menjadi rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Jadi, bermula daripada 2017, kami telah menawarkan lebih banyak tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini dimuatkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut idea dan permintaan para peserta kami.

Jadi, anda tidak sahaja boleh mempelajari bermacam-macam seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga digalakkan memberikan idea topik yang ingin anda pelajari.

 

 

Khidmat Kursus Manik.

Tujuan kami adalah untuk memberikan khidmat kursus manik yang berkualiti dan terbaik untuk memenuhi kemahuan anda. Kami menawarkan pelbagai modul kursus manik bermula dari segmen manik untuk pemula, segmen manik pertengahan, segmen manik advance, segmen manik crumble serta segmen manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Untuk pengetahuan anda, kesemua segmen kursus manik telah dipecahkan mengikut level kemahiran setiap ahli bermula dari level kemahiran pemula hingga ke level kemahiran penyulam berpengalaman. Malah, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk setiap ahli berdaftar memulakan perbincangan berkaitan dengan kemahiran yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan ahli kami biarpun selepas menyempurnakan sesi kursus manik bersama kami. Ini amat bersesuaian dengan pegangan kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong ahli kami untuk berjaya dalam dunia kerajinan tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda mahu mengikuti kursus manik hanya sekadar untuk hobi atau untuk menimba ilmu baru, Akademi2u adalah wadah yang terbaik. Ini berikutan anda boleh mempelajari jahitan manik biarpun tanpa perlu menhadiri kursus manik secara fizikal. Hanya di hujung jari sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua lokasi kediaman anda.

Namun, jika anda hendak mendaftar kursus manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah merupakan penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat aneka kursus manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus manik secara private coaching tanpa ada peserta lain. Dalam erti kata lain, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara perseorangan. Sesi kursus manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Adapun jarak lokasi atau masa merupakan bebanan anda untuk mempelajari seni kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang paling sesuai. Anda berupaya mendaftar diri apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang dipaparkan di sini secara online walau di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan guru yang mempunyai banyak pengalaman dalam sektor ini untuk memastikan setiap modul yang telah dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami amat yakin, pengalaman adalah pendidik yang terbaik. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri seni halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mampu untuk dijual beli.

Rentetan daripada itu terdapat segmen tip dan rahsia yang dihimpunkan dalam setiap modul untuk menolong memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada peserta. Segmen tip dan rahsia ini diketengahkan mudah-mudahan peserta tidak melakukan kesalahan dan kesilapan yang bakal dilakukan ketika mana mempraktikkan teknik yang sedang diikutinya.

Malah semua modul pembelajaran telah disusun atur dengan langkah yang mudah diikuti bagi memastikan setiap peserta memahaminya secara optimum. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri seni halus tangan ini. Pihak kami tidak begitu rigid dengan teori pembelajaran. Akan tetapi, kami menitikberatkan konsep praktikal dalam kesemua sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran sentiasa dijaga, kesemua modul telah dipersembahkan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan paparan video yang jelas dan menarik. Setiap segmen video telah dipecahkan berdasarkan modul bagi memudahkan peserta menerima kesemua input modul dengan baik.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar jikalau audio yang dimuatkan di dalam video adalah tidak jelas. Justeru, dalam memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap peserta boleh memuat turun bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti anda di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Mata ganjaran ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah berikan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak dikeluarkan lagi pada mana-mana topik tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Oleh yang demikian, untuk mendapatkan produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, berdiskusi, menyempurnakan tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, lagi bertambah mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus manik tidak akan sempurna tanpa memberikan sijil tamat kepada para peserta. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menamatkan dengan sempurna kesemua modul yang terdapat di dalam kursus manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda berupaya menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus manik yang terbaik untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus tangan ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa dan waktu untuk meninjau tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Manik di Kulim Kedah