Profile

Daftar Kursus Manik Di Jitra

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus manik di sekitar kawasan anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus manik berhampiran anda? Adakah anda mahu mengikuti kursus manik sebagai persediaan untuk menambah skill anda? Atau adakah anda mahu mendaftar kursus manik di kediaman anda kerana meminati dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus manik secara atas talian khas untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli yang mendaftar dan belajar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa setiap waktu tanpa mengira masa.

Untuk makluman, Akademi2u juga telah menjadi rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Untuk itu, bermula daripada 2017, kami telah mengadakan lebih banyak tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini ditambahkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa mengambil kira permintaan dan sumbang saran para pelajar kami.

Oleh itu, anda tidak sahaja mampu mempelajari bermacam-macam seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga mampu mengutarakan cadangan tajuk yang mahu anda dalami.

 

 

Khidmat Kursus Manik.

Matlamat kami adalah untuk memberikan servis kursus manik yang berkualiti dan terbaik untuk memenuhi kehendak anda. Kami memperkenalkan aneka modul kursus manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun modul kursus manik telah dicerakinkan mengikut tahap setiap peserta bermula dari tahap pemula hingga ke tahap penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk setiap ahli berdaftar memulakan perbincangan berkaitan dengan topik yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia menolong menyelesaikan kebuntuan untuk setiap kemusykilan anda.

Kami sentiasa prihatin dalam membina perhubungan jangka panjang dengan peserta kami walaupun selepas menyempurnakan sesi kursus manik bersama kami. Ini bersesuaian dengan pegangan kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu peserta kami untuk sukses dalam dunia seni kerajinan tangan ini.

Tidak kira, samada anda ingin mengikuti kursus manik hanya untuk suka-suka atau untuk menimba ilmu baru, Akademi2u adalah wadah yang terbaik. Ini disebabkan anda boleh mempelajari sulaman manik biarpun tanpa perlu mengikuti kursus manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan gajet atau PC sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua tempat tinggal anda.

Adapun, jika anda mahu mendaftar kursus manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di akademi tersebut, terdapat aneka kursus manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus manik secara one to one basis tanpa ada pelajar lain. Dalam erti kata lain, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jikalau jarak lokasi atau waktu merupakan satu penghalang kepada anda untuk mempelajari seni kemahiran kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang terbaik. Anda boleh mengikuti apa jua tutorial seni kerajinan tangan yang dimuatkan di sini secara atas talian walau di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang mempunyai banyak pengalaman dalam sektor ini untuk memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak semasa. Kami percaya, pengalaman adalah guru yang paling berkesan. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri seni halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak dapat dijual beli.

Disebabkan itu terdapat modul rahsia dan tip yang dimasukkan dalam setiap modul untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada peserta. Segmen tip dan rahsia ini diketengahkan agar peserta tidak melakukan kesilapan dan kesalahan yang bakal dibuat sewaktu mempraktikkan teknik yang sedang dipelajarinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah disusun dengan langkah yang mudah diikuti bagi memastikan kesemua peserta memahaminya secara menyeluruh. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri seni halus tangan ini. Akademi2u tidak utamakan teori pembelajaran. Sebaliknya, kami lebih mengambil kira konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran sentiasa dijaga, kesemua modul telah dipersembahkan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan paparan video yang jelas dan berkualiti. Setiap segmen video telah dibahagikan berdasarkan modul bagi menyenangkan peserta menerima kesemua maklumat dengan berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang menarik akan menjadi hambar sekiranya audio yang dimasukkan di dalam video adalah tidak jelas. Jadi, untuk memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap pelajar boleh memuat turun bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan 2018. Gamification membawa maksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan pelajar di dalam platform akan diberikan point.

Point ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah wujudkan produk bonus yang hanya boleh didapatkan secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan pada mana-mana tajuk tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Untuk itu, untuk mendapatkan produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, berbincang, menyempurnakan tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, lagi banyak point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus manik tidak akan lengkap tanpa menganugerahkan sijil tamat kepada para peserta. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menamatkan dengan sempurna kesemua modul yang disediakan di dalam kursus manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda dapat menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan servis kursus manik yang terbaik untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk mengetahui tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Manik di Jitra Kedah