Daftar Kursus Manik Di Alor Setar

Daftar Kursus Manik Di Alor Setar

 

 

Adakah anda ingin mencari kursus manik berhampiran kawasan anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus manik berhampiran anda? Adakah anda mahu memasuki kursus manik untuk persediaan untuk menjana pendapatan anda? Atau adakah anda mahu mendaftar kursus manik di kediaman anda kerana meminati dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman menerusi dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus manik secara atas talian buat anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar yang mendaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini telah bertambah dari semasa ke semasa setiap hari tidak mengira masa.

Untuk pengetahuan anda, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Justeru, bermula daripada tahun tersebut, kami telah mengadakan lebih banyak tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam platform Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut permintaan dan sumbang saran para peserta kami.

Oleh yang demikian, anda tidak sahaja boleh mempelajari bermacam-macam seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga mampu melontarkan cadangan topik yang mahu anda ketahui.

 

 

Khidmat Kursus Manik.

Tujuan kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus manik yang berkualiti dan professional untuk memenuhi kehendak anda. Kami menawarkan aneka modul kursus manik bermula dari segmen manik untuk pemula, segmen manik pertengahan, segmen manik advance, segmen manik crumble serta segmen manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun segmen kursus manik telah dicerakinkan mengikut level setiap peserta bermula dari level pemula hingga ke level penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk pelajar memulakan diskusi berkaitan dengan topik yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa prihatin dalam membina perhubungan jangka panjang dengan peserta kami sungguhpun selepas selesai mengikuti kursus manik dengan kami. Ini sinonim dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong peserta kami untuk lebih sukses dalam dunia kerajinan tangan ini.

Tidak kira, samada anda ingin mengikuti kursus manik hanya sekadar memenuhi masa lapang atau untuk menjana pendapatan, Akademi2u adalah platform yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari jahit manik biarpun tanpa perlu hadir kursus manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan talian internet sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua tempat tinggal anda.

Akan tetapi, sekiranya anda hendak mengikuti kursus manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat bermacam-macam kursus manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus manik secara orang perseorangan tanpa ada peserta lain. Maksudnya, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara persendirian. Sesi kursus manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jika jarak lokasi atau masa merupakan satu bebanan anda untuk mempelajari seni kemahiran kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang paling tepat. Anda berupaya mendaftar diri apa jua tutorial seni kerajinan tangan yang disediakan di sini secara atas talian walau di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang bertahun-tahun berpengalaman dalam industri ini bagi memastikan setiap modul yang telah dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami yakin, pengalaman adalah pendidik yang paling berkesan. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mampu untuk dijual beli.

Oleh itu terdapat modul tip dan rahsia yang dihimpunkan dalam setiap modul untuk menolong memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada peserta. Segmen tip dan rahsia ini diperkenalkan supaya peserta tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang bakal dilakukan ketika mempraktikkan teknik yang telah dipelajarinya.

Malah semua modul pembelajaran telah disusun atur dengan langkah yang mudah diikuti bagi memastikan kesemua peserta memahaminya secara penuh. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Akademi2u tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Adapun sebaliknya, kami menitikberatkan konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Peserta Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran terpelihara, kesemua modul telah diseragamkan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan menarik. Setiap segmen video telah dipecahkan berdasarkan modul bagi menyenangkan peserta menerima kesemua maklumat dengan baik.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar jika audio yang dimasukkan di dalam video adalah tidak jelas. Justeru, bagi memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap peserta boleh memuat turun bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan tahun 2018. Gamification boleh diertikan sebagai proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan pelajar di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Mata ganjaran ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah masukkan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak diterbitkan pada mana-mana topik tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Justeru, bagi memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, berdiskusi, menghabiskan topik tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, lagi bertambah mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus manik tidak akan lengkap tanpa memberikan sijil tamat kepada para peserta. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menamatkan dengan sempurna kesemua modul yang disediakan di dalam kursus manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda akan berjaya menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus manik yang terbaik untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus tangan ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mempelajari tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Manik di Alor Setar Kedah