Profile

Kursus Manik Kedah

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus manik berhampiran kawasan kediaman anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus manik berhampiran anda? Adakah anda mahu memasuki kursus manik sebagai persediaan untuk menambah nilai kemahiran anda? Atau adakah anda mahu mendaftar kursus manik di kediaman anda kerana meminati dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus manik secara online untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 peserta yang mendaftar dan belajar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini telah bertambah dari semasa ke semasa setiap hari tanpa mengira masa.

Untuk makluman, Akademi2u juga telah menjadi rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Malah, bermula daripada tahun 2017, kami telah menawarkan lebih banyak topik secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimuatkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut sumbang saran dan permintaan para pelajar kami.

Oleh itu, anda tidak sahaja dapat mempelajari bermacam-macam seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga digalakkan melontarkan cadangan tajuk yang mahu anda ikuti.

Khidmat Kursus Manik.

Matlamat kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus manik yang professional dan berkualiti untuk memenuhi kehendak anda. Kami menawarkan aneka modul kursus manik bermula dari segmen manik untuk pemula, segmen manik pertengahan, segmen manik advance, segmen manik crumble serta segmen manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun segmen kursus manik telah dipecahkan mengikut tahap kemahiran setiap ahli bermula dari tahap kemahiran pemula hingga ke tahap kemahiran penyulam berpengalaman. Adapun, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk pelajar memulakan perbincangan berkaitan dengan topik yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan ahli kami sungguhpun selepas menyempurnakan sesi kursus manik bersama kami. Ini amat relevan dengan konsep kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong ahli kami untuk lebih berjaya dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda berhasrat mengikuti kursus manik hanya sekadar untuk hobi atau untuk pengetahuan, Akademi2u adalah sumber yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari sulam manik biarpun tanpa perlu turut serta kursus manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan gajet atau PC sahaja, anda sudah dapat mempelajarinya walau di mana jua tempat tinggal anda.

Namun, sekiranya anda ingin mendaftar kursus manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di akademi tersebut, terdapat bermacam-macam kursus manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus manik secara private coaching tanpa ada pelajar lain. Dalam erti kata lain, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara persendirian. Sesi kursus manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Adapun jarak lokasi atau waktu merupakan satu penghalang kepada anda untuk mempelajari seni kemahiran kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang tepat. Anda mampu mendaftar diri apa jua topik seni kerajinan tangan yang dipaparkan di sini secara online walau di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang bertahun-tahun berpengalaman dalam sektor ini bagi memastikan setiap modul yang telah dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran semasa. Kami yakin, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui sesuatu industri seperti industri seni halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak boleh dijual beli.

Disebabkan itu terdapat segmen rahsia dan tip yang dihimpunkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen tip dan rahsia ini diketengahkan supaya pelajar tidak melakukan kesalahan dan kesilapan yang bakal dibuat ketika mempraktikkan teknik yang sedang dipelajarinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah disusun atur dengan langkah yang mudah diikuti bagi memastikan kesemua pelajar memahaminya seratus peratus. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri seni halus tangan ini. Akademi2u tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Adapun, kami menitikberatkan konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Peserta Kami

show-testimonials alias=’Widget Testimoni’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran terjaga, kesemua modul telah diseragamkan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan berkualiti. Setiap segmen video telah dibahagikan mengikut modul bagi memudahkan pelajar menerima kesemua info dengan lebih berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Adapun, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar sekiranya audio yang dimuatkan di dalam video tidak berkualiti. Justeru, bagi memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap pelajar boleh memuat turun bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan tahun 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan anda di dalam platform akan diberikan point.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah sediakan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak dikeluarkan lagi di mana-mana tajuk tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Oleh yang demikian, bagi mendapatkan produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif, melakukan perbincangan, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, makin bertambah point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus manik tidak akan lengkap tanpa memberikan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang terdapat di dalam kursus manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk portfolio anda. Pastinya anda mampu menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus manik yang terbaik untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus tangan ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk meninjau tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Bandar dan Area Kursus Manik di Kedah:

Sungai Petani
Alor Setar
Kulim
Jitra
Baling
Pendang
Langkawi
Yan
Sik
Kuala Nerang
Pokok Sena