Kursus Jahitan Manik Di Kulim

Daftar Kursus Jahitan Manik Di Kulim

 

Baju Kurung Bermanik CrumbleKursus jahitan manik di Kulim. Adakah anda sedang mencari kursus jahitan manik di Kulim? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus jahitan manik berhampiran Kulim? Adakah anda mahu mengikuti kursus jahitan manik untuk persediaan untuk menambah skill anda? Atau adakah anda mahu mengikuti kursus jahitan manik di Kulim kerana berminat dengan dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus jahitan manik secara atas talian kepada anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar berdaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap hari tidak mengira masa.

Untuk makluman, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Justeru, bermula daripada tahun 2017, kami telah menawarkan lebih banyak topik secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini ditambahkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut permintaan dan idea para pelajar kami.

Oleh yang demikian, anda tidak sahaja boleh mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, akan tetapi anda juga boleh mengutarakan idea tajuk yang mahu anda ikuti.

 

 

Khidmat Kursus Jahitan Manik.

Kursus Jahitan Manik di KulimMatlamat kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus jahitan manik yang berkualiti dan terbaik untuk memenuhi kemahuan anda. Kami menyediakan pelbagai modul kursus jahitan manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun modul kursus jahitan manik telah dibahagikan mengikut level kemahiran setiap ahli bermula dari level kemahiran pemula hingga ke level kemahiran penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk anda memulakan diskusi berkaitan dengan kemahiran yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan yang professional dengan ahli kami walaupun selepas tamat mengikuti kursus jahitan manik dengan kami. Ini amat bertepatan dengan pegangan kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong ahli kami untuk berjaya dalam dunia kerajinan tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda berhasrat mengikuti kursus jahitan manik hanya sebagai hobi atau sebagai proses menjadi usahawan, Akademi2u adalah platform yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari manik biarpun tanpa perlu turut serta kursus jahitan manik secara fizikal. Hanya di hujung jari sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua tempat anda.

Adapun, sekiranya anda ingin mendaftar kursus jahitan manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah menjadi bebanan anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di akademi tersebut, terdapat pelbagai kursus jahitan manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus jahitan manik secara orang perseorangan tanpa ada pelajar lain. Dalam erti kata lain, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus jahitan manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Sekiranya jarak lokasi atau masa merupakan satu kesulitan buat anda untuk mempelajari seni kerajinan tangan ini, maka sesi pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang paling tepat. Anda berupaya mempelajari apa jua topik seni kerajinan tangan yang dimuatkan di sini secara atas talian walau di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Jahitan Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan guru berpengalaman dalam industri ini bagi memastikan setiap modul yang dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak semasa. Kami amat yakin, pengalaman adalah pendidik yang paling berkesan. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Daftar Kursus Jahitan Manik Di KulimOleh itu terdapat segmen tip dan rahsia yang dimasukkan dalam setiap modul untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada peserta. Segmen rahsia dan tip ini diketengahkan supaya peserta tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang bakal dilakukan ketika mempraktikkan teknik yang dipelajarinya.

Malah semua modul pembelajaran telah diatur dengan step yang mudah diikuti bagi memastikan kesemua peserta memahaminya seratus peratus. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Pihak kami tidak begitu rigid dengan teori pembelajaran. Adapun sebaliknya, kami lebih mengambil kira konsep praktikal dalam kesemua sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

 

 

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran terjaga, kesemua modul telah dibangunkan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan paparan video yang jelas dan menarik. Setiap segmen video telah dipecahkan mengikut modul bagi memudahkan peserta menerima kesemua maklumat dengan lebih berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang menarik akan menjadi hambar jika audio yang dimuatkan di dalam video adalah tidak jelas. Justeru, untuk memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan sisipan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap pelajar boleh mendownload bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan tahun 2018. Gamification membawa erti proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan pelajar di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

 

Gamifikasi Kursus Jahitan Manik Di Kulim

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah wujudkan produk bonus yang hanya boleh didapatkan secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di dalam mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Jadi, bagi memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, melakukan perbincangan, menghabiskan topik tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin bertambah mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sijil Tamat Kursus Jahitan Manik Di KulimSetiap kursus jahitan manik tidak akan sempurna tanpa menganugerahkan sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menamatkan dengan sempurna kesemua modul yang dimuatkan di dalam kursus jahitan manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk referens skill anda. Pastinya anda dapat menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus jahitan manik yang bermutu untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus tangan ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengetahui tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Jahitan Manik di Kulim Kedah