Kursus Jahitan Manik Di Baling

Daftar Kursus Jahitan Manik Di Baling

 

Kursus jahitan manik di Baling. Adakah anda sedang mencari kursus jahitan manik di Baling atau berhampiran kediaman anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus jahitan manik di Baling? Adakah anda ingin mendaftar kursus jahitan manik sebagai persediaan untuk menjana pendapatan anda? Atau adakah anda ingin mengikuti kursus jahitan manik di Baling kerana meminati dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman menerusi dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus jahitan manik secara online kepada anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli yang mendaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini telah bertambah dari semasa ke semasa setiap hari tidak mengira masa.

Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan DuaUntuk pengetahuan anda, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Justeru, bermula daripada 2017, kami telah mengadakan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut permintaan dan cadangan para peserta kami.

Justeru, anda tidak sahaja mampu mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga digalakkan mengutarakan idea tajuk yang ingin anda ikuti.

 

 

Khidmat Kursus Jahitan Manik.

Tujuan kami adalah untuk memberikan servis kursus jahitan manik yang professional dan berkualiti untuk memenuhi kemahuan anda. Kami menawarkan aneka modul kursus jahitan manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Kursus Jahitan Manik Di BalingAdapun kesemua kurikulum kursus jahitan manik telah dicerakinkan mengikut tahap kemahiran setiap pelajar bermula dari tahap kemahiran pemula hingga ke tahap kemahiran penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk pelajar memulakan perbincangan berkaitan dengan kemahiran yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan pelajar kami biarpun selepas selesai mengikuti kursus jahitan manik bersama kami. Ini bertepatan dengan pegangan kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu pelajar kami untuk berjaya dalam dunia kerajinan tangan ini.

Foto Kursus Jahitan Manik di BalingTidak kira, walaupun anda mahu mengikuti kursus jahitan manik hanya sekadar hobi atau untuk pengetahuan, Akademi2u adalah platform yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari sulam manik biarpun tanpa menghadiri kursus jahitan manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan gajet atau PC sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua anda berada.

Namun, sekiranya anda ingin mengikuti kursus jahitan manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat aneka kursus jahitan manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus jahitan manik secara orang perseorangan tanpa ada peserta lain. Dalam erti kata lain, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara persendirian. Sesi kursus jahitan manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jikalau jarak lokasi atau masa merupakan bebanan anda untuk mempelajari seni kemahiran kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang paling sesuai. Anda berupaya mendaftar diri apa jua topik seni kerajinan tangan yang disediakan di sini secara online tidak kira di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Jahitan Manik Berpengalaman

Tenaga Pengajar BerpengalamanTenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang bertahun-tahun berpengalaman dalam industri ini bagi memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak semasa. Kami amat yakin, pengalaman adalah pendidik yang terbaik. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Disebabkan itu terdapat segmen tip dan rahsia yang dimasukkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen rahsia dan tip ini diperkenalkan mudah-mudahan pelajar tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang bakal dilakukan ketika mempraktikkan teknik yang telah dipelajarinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah disusun dengan step yang mudah difahami bagi memastikan kesemua pelajar memahaminya secara menyeluruh. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan tangan ini. Kami tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Akan tetapi, kami lebih mengambil kira konsep praktikal dalam kesemua sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

 

 

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran sentiasa dijaga, kesemua modul telah dipersembahkan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan menarik. Setiap segmen video telah dibahagikan berpandukan pecahan modul bagi menyenangkan pelajar menerima kesemua input modul dengan lebih berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Adapun, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar sekiranya audio yang dimuatkan di dalam video adalah tidak jelas. Justeru, bagi memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap peserta boleh memuat turun bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan tahun 2018. Gamification membawa erti proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti anda di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah sediakan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di dalam mana-mana tajuk tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Justeru, untuk mendapatkan produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, berbincang, menghabiskan topik tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, makin bertambah mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sijil Tamat Kursus Jahitan Manik di BalingSesungguhnya kursus jahitan manik tidak akan sempurna tanpa menganugerahkan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menghabiskan kesemua modul yang dimuatkan di dalam kursus jahitan manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk portfolio anda. Pastinya anda berupaya menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan servis kursus jahitan manik yang terbaik untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus tangan ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk melakukan kajian tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Jahitan Manik di Baling Kedah