Kursus Jahitan Manik Di Alor Setar

Daftar Kursus Jahitan Manik Di Alor Setar

 

Kursus jahitan manik di Alor Setar. Adakah anda mencari kursus jahitan manik di sekitar kawasan kediaman anda di Alor Setar? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana tempat kursus jahitan manik berhampiran Alor Setar? Adakah anda ingin mendaftar kursus jahitan manik sebagai persediaan untuk menjadi usahawan? Atau adakah anda ingin mengikuti kursus jahitan manik di Alor Setar kerana berminat dengan dunia seni kerajinan tangan ini?

Kursus Jahitan Manik Di Alor SetarDengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia seni kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus jahitan manik secara atas talian khas untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 peserta yang mendaftar dan belajar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini telah bertambah dari semasa ke semasa setiap waktu tanpa mengira masa.

Untuk makluman, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Justeru, bermula daripada tahun 2017, kami telah menawarkan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimuatkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa mengambil kira permintaan dan cadangan para peserta kami.

Jadi, anda tidak sahaja dapat mempelajari bermacam-macam seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga boleh melontarkan sumbang saran tajuk yang ingin anda dalami.

 

 

Khidmat Kursus Jahitan Manik.

Teknik Manik Terkini Siri 02Matlamat kami adalah untuk memberikan servis kursus jahitan manik yang berkualiti dan terbaik untuk memenuhi kehendak anda. Kami menyediakan aneka modul kursus jahitan manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Kesemua modul kursus jahitan manik telah dipecahkan mengikut level setiap ahli bermula dari level pemula hingga ke level penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk pelajar memulakan diskusi berkaitan dengan kemahiran yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Akademi2u sentiasa komited dalam membina perhubungan yang professional dengan ahli kami sungguhpun selepas selesai mengikuti kursus jahitan manik dengan kami. Ini amat bertepatan dengan pegangan kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong ahli kami untuk berjaya dalam dunia seni halus tangan ini.

Tidak kira, samada anda hendak mengikuti kursus jahitan manik hanya memenuhi masa sanggang atau untuk menjana pendapatan, Akademi2u adalah wadah yang terbaik. Ini berikutan anda boleh mempelajari jahit manik biarpun tanpa perlu turut serta kursus jahitan manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan talian internet sahaja, anda sudah dapat mempelajarinya walau di mana jua anda berada.

Kursus Jahitan Manik Di Alor SetarNamun, jika anda mahu mendaftar kursus jahitan manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat bermacam-macam kursus jahitan manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus jahitan manik secara private coaching tanpa ada peserta lain. Maksudnya, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus jahitan manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Sekiranya jarak lokasi atau masa merupakan bebanan anda untuk mempelajari seni kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang terbaik. Anda berupaya mendaftar diri apa jua tutorial seni kerajinan tangan yang dimuatkan di sini secara atas talian tidak kira di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Jahitan Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan pengajar yang berpengalaman dalam industri ini untuk memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak semasa. Kami yakin, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri seni halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

 

Bahan Kursus Jahitan Manik Di Alor Setar

Disebabkan itu terdapat segmen tip dan rahsia yang diselitkan dalam setiap modul untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen rahsia dan tip ini diperkenalkan dengan harapan pelajar tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang bakal dibuat ketika mempraktikkan teknik yang dipelajarinya.

Malah semua modul pembelajaran telah disusun dengan langkah yang mudah difahami bagi memastikan setiap pelajar memahaminya secara menyeluruh. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri seni halus tangan ini. Pihak kami tidak begitu rigid dengan teori pembelajaran. Adapun sebaliknya, kami menitikberatkan konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

 

 

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bahan KursusBagi memastikan kualiti pembelajaran sentiasa dijaga, kesemua modul telah dipersembahkan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan paparan video yang jelas dan berkualiti. Kesemua segmen video telah dipecahkan berpandukan pecahan modul bagi menyenangkan pelajar menerima kesemua input modul dengan lebih berkesan.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar jika audio yang dimuatkan di dalam video tidak berkualiti. Jadi, bagi memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan-bahan mengajar untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap peserta boleh mendownload bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Sistem Gamifikasi Kursus Jahitan Manik Di Alor SetarKami turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan tahun 2018. Gamification boleh diertikan sebagai proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti pelajar di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Mata ganjaran ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah berikan produk bonus yang hanya boleh ditebus secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak diterbitkan di dalam mana-mana tajuk tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Oleh yang demikian, untuk mendapatkan produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, melakukan perbincangan, menghabiskan topik tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus jahitan manik tidak akan sempurna tanpa pemberian sijil tamat kepada para pelajar. Untuk makluman anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menamatkan dengan sempurna kesemua modul yang disediakan di dalam kursus jahitan manik yang anda ikuti.

Sijil Tamat Kursus Jahitan Manik Di Alor SetarSijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk portfolio anda. Pastinya anda berupaya menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan servis kursus jahitan manik yang bermutu untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus tangan ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa dan waktu untuk mengetahui tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Jahitan Manik di Alor Setar Kedah