Kursus Jahitan Manik Kedah

Kursus Jahitan Manik Kedah

 

Kursus jahitan manik Kedah. Adakah anda sedang mencari kursus jahitan manik berhampiran kawasan Kedah? Adakah anda mahu belajar manik tetapi tidak tahu di mana tempat kursus jahitan manik berhampiran Kedah? Adakah anda ingin memasuki kursus jahitan manik sebagai persediaan untuk menjana pendapatan anda? Atau adakah anda ingin mengikuti kursus jahitan manik di kawasan anda kerana meminati dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus jahitan manik secara online khas untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar yang mendaftar dan belajar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa setiap hari tidak mengira masa.

Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan DuaMalah, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Untuk itu, bermula daripada tahun tersebut, kami telah menawarkan lebih banyak topik secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini ditambahkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut permintaan dan cadangan para pelajar kami.

Jadi, anda bukan sahaja dapat mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga mampu melontarkan sumbang saran tajuk yang ingin anda dalami.

Khidmat Kursus Jahitan Manik.

Matlamat kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus jahitan manik yang berkualiti dan professional untuk memenuhi kemahuan anda. Kami menyediakan aneka modul kursus jahitan manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Teknik Manik Terkini Siri 02Untuk pengetahuan anda, kesemua kurikulum kursus jahitan manik telah dicerakinkan mengikut level setiap peserta bermula dari level pemula hingga ke level penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk pelajar memulakan perbincangan berkaitan dengan topik yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia menolong menyelesaikan kebuntuan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan peserta kami sungguhpun selepas menyempurnakan sesi kursus jahitan manik bersama kami. Ini sinonim dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu peserta kami untuk sukses dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda hendak mengikuti kursus jahitan manik hanya sekadar memenuhi masa lapang atau sebagai proses menjadi usahawan, Akademi2u adalah saluran yang terbaik. Ini disebabkan anda boleh mempelajari jahitan manik biarpun tanpa perlu mengikuti kursus jahitan manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan internet sahaja, anda sudah dapat mempelajarinya walau di mana jua lokasi anda.

Kursus Jahitan Manik KedahAkan tetapi, sekiranya anda ingin mengikuti kursus jahitan manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah merupakan penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat bermacam-macam kursus jahitan manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus jahitan manik secara private coaching tanpa ada pelajar lain. Maksudnya, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara persendirian. Sesi kursus jahitan manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Adapun jarak lokasi atau waktu merupakan satu bebanan anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang paling sesuai. Anda berupaya mempelajari apa jua tutorial seni kerajinan tangan yang dipaparkan di sini secara online tidak kira di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Jahitan Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan guru berpengalaman dalam sektor ini bagi memastikan setiap modul yang telah dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak semasa. Kami percaya, pengalaman adalah pendidik yang paling berkesan. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba dalam sesuatu industri seperti industri seni halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Sebab itu terdapat segmen rahsia dan tip yang diselitkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada peserta. Segmen rahsia dan tip ini diperkenalkan agar peserta tidak melakukan kesilapan dan kesalahan yang bakal dilakukan ketika mempraktikkan teknik yang dipelajarinya.

Malah setiap modul pembelajaran telah diatur dengan step yang mudah diikuti bagi memastikan kesemua peserta memahaminya seratus peratus. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri seni halus tangan ini. Akademi2u tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Adapun, kami lebih mengambil kira konsep praktikal dalam segenap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

 

 

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bahan Kursus Jahitan Manik KedahBagi memastikan kualiti pembelajaran dijaga, kesemua modul telah diselaraskan dalam bentuk video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan berkualiti. Kesemua segmen video telah dibahagikan berpandukan pecahan modul bagi menyenangkan peserta menerima kesemua input modul dengan lebih berkesan.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang berkualiti akan menjadi hambar jikalau audio yang dimuatkan di dalam video adalah tidak jelas. Justeru, bagi memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap pelajar boleh memuat turun bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

 

Sistem Gamifikasi

 

Kami turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan 2018. Gamification membawa maksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan peserta di dalam platform akan diberikan point.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah tambahkan produk bonus yang hanya boleh ditebus milik secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak diterbitkan pada mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Oleh yang demikian, bagi mendapatkan produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif, berdiskusi, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, lagi banyak point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sijil Tamat Kursus Jahitan Manik KedahSetiap kursus jahitan manik tidak akan sempurna tanpa menganugerahkan sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menghabiskan kesemua modul yang disediakan di dalam kursus jahitan manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk referens skill anda. Pastinya anda akan dapat menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus jahitan manik yang terbaik untuk anda mempelajari dan menguasai seni kerajinan ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu untuk mengetahui tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Bandar dan Area Kursus Jahitan Manik Kedah:

Sungai Petani
Alor Setar
Kulim
Jitra
Baling
Pendang
Langkawi
Yan
Sik
Kuala Nerang
Pokok Sena